Saturday, April 20, 2013

Man vs Woman

Assalamualaikum

Aspek 1 : Ironing

Bagi perempuan atau lebih tepat lagi definisinya girl, tudung adalah satu pakaian yang patut kemas. I mean haruslah match dengan baju yang di pakai, mesti di iron dan digayakan sesuai dengan baju dan majlis. Kalau tudung tak jadi, saya tak jadi pergi mana-mana. Sanggup kena tinggal. Yes, I'm creepy that way. Hahahaha. Kita kena pakai tudung ikut kesesuaian tempat. Yelah, tak kan la setakat nak pergi pasar malam pakai tudung lilit bagai macam nak pergi dinner. Itu over. Nanti kena booo. Orang zaman sekarang ni mana boleh kira. Tapi saya tak boleh pakai lilit-lilit, rasa nak tercekik.  

Tapi kan sebenarnya lelaki tak faham kenapa perempuan terlalu conscious sangat pasal tudung diorang. Iron ke, tak iron ke, bagi diorang sama je. Tahu tak sebenarnya tudung ni ada kaitan dengan confidence? Kalau saya pakai tudung tak kemas, tak jadi ke, tak iron ke, terus tak confidence. Terus tak cakap dengan orang terutamanya dengan lelaki. Kawan-kawan lelaki. Bukan sebab nak cover ayu and sowhatever ( saya elergik dengan kontrol ayu, cover ayu and whatnot. sekian) tapi ianya berkaitan dengan inner confidence you know. wah, explain gitu. Memandangkan saya takde woman figure untuk dirujuk, adik-adik lelaki saya akan menjadi mangsa.

 " Mung rasa la kan, tudung mana paling cantik kalau perempuan pakai?".
 "Semua tudung nampak sama je kalau perempuan pakai".
 " Eh, baju ni sesuai pakai tudung mana *sambil tunjuk tudung-tudung pilihan*" 
" Mana-mana pun boleh".
" Nak tahu satu fact tak, sebenarnya tudung paling cantik perempuan pakai, tudung bawal. Simple. Ayu. Tak serabut belit-belit"'

Penat tau sebenarnya cakap dengan lelaki. Kadang-kadang la untuk certain things. Bagi diorang, semua ni tak penting. Sebab tu lelaki boleh jadi tak faham kenapa perempuan boleh cakap takde baju nak pakai walaupun baju satu almari siap nak roboh lagi tu. Aku memang tak terkecuali menjadi perempuan-perempuan yang akan tenung almari 10 minit sebelum decide baju apa nak pakai. Izzati pun cakap dia macam tu. Most of my girlfriends pon cakap macam tu. Even mak saya pun cakap macam tu. Padahal mak saya orang yang paling banyak baju dalam masa sebulan sebab dia beli terus jahit. At least takde la cakap takde baju nak pakai, just tak tahu nak pakai baju mana. Senang cerita, semua perempuan memamng macam tu. Percayalah! 

Disebabkan oleh itu, aku akan jadi orang yang akan bawa iron bila travel. Once, masa kitaorang travel dulu, dalam bilik kitaorang takde plug, terus pergi bilik Adrian cakap nak tumpang plug nak iron tudung. Adrian tak paham kena perlu iron tudung. Kalau sekarang, kalau travel pergi shoot saya mesti tanya Izzati ada bawa iron tak, dia mesti reply "dah siap pack dalam bag". Izzati, I love You ketat-ketat. We both know what it means by confidence.  

 Adrian. Among the closest Chinese friends I have

"Farry, kenapa perlu iron tudung?"
"Mesti lah. Nanti berkedut. Tak best."
"Aku rasa sama je iron tak iron"
"Oh My God Adrian, lain la. Tudung kena iron baru la cantik" 
(ayat gurau je. poyo gila kalau mengaku cantik)

Aspek 2: Admiring

Remember last time I told you that I want to watch Side Effects sebab Channing Tatum berlakon! So, masa pergi JB untuk shoot dekat Pulai hari tu, sempat jumpa le` juniors. Sempat lawan badminton yang katanya tak terlunas sejak games last November. Lepas main, saya dengan Izzati cakap la dekat juniors dan siap ajak diorang tengok Channing Tatum. Harus la bebudak ni buat muka menyampah, tak nak pergi. Sebab kitaorang cakap nak tengok Channing Tatum, tak cakap pun movie apa nak tengok. Aku dengan Izzati saje je buat excited nak tengok movie tu sebab ada Channing Tatum. Bebudak ni dah jadi menyampah tahap 150 juta kali. Diaorang sempat tanya, " Kak, handsome sangat ke Channing Tatum tu, sampai akak dua orang ni nak sangat tengok dia ni". Sayyid dengan Suhaimi pun akan buat muka tak puas hati bila saya dengan Izzati cakap pasal Channing Tatum ke, Sonny Bill ke. Lagi parah diorang buat muka menyampah & malas nak layan bila saya cakap pasal Fahrin Ahmad. " Kak, akak tahu tak Fahrin Ahmad tu jenis lelaki panas baran?". Ayat tak puas hati. Tapi kalau aku cakap pasal Rosyam Noor, diaorang ok je. Fyi, saya minat Rosyam Noor, tapi minat biasa je eh. Suka tengok dia berlakon je. Kalau nak pergi ambik autograph atau gambar dengan dia memang kirim salam la. I won't do it ever in my life. Even dengan artis lain ppun. autograph? Ntah la. aku rasa macam takde motif nak ambil autograph. Aku tak mendapat kenapa orang ambil autograph.

Takde la cakap Channing Tatum tu handsome gila pun. Just cakap handsome je. Macam Sonny Bill sket muka dia. Hikhikhik. " Yelah  kan kak, taf taf gitu kan. Mesti perempuan suka". Kan kau, kesitu pulak. Tahu tak apa yang perempuan tengok pada lelaki, perempuan akan tengok PERSONALITY. Takde makna nya nak tengok tough ke tak. Seksi ke tak. Lelaki seksi ke? hahaha.  Because for me, personality would make you a person. Personality akan membuatkan anda nampak handsome. oh, maybe just for me sebab aku selalunya tak berminat dengan lelaki handsome mahupun cute. Yang cute lagi la macam, err okey bye. Yang penting baik. Sebab tu kalau tengok cerita, aku mesti minat hero no 2. Tapi hati-hati guys, ada juga perempuan kaki cukur, demanding dan apa-apalah. Kalau dapat macam tu memang kesian lah awak yerr. 

Le` junior a.k.a geng photography kitaorang. Dia ni expert landscape. Boleh tengok hasil kerja dia kat QallamAhmad. Photography art dia superb gila okey. Saya banyak juga belajar dengan dia. Tapi since saya dengan Izzati more to portraiture, we sometimes speak different language. bahahaha. Nota tambahan: Qallam hanya junior kami, not more than that. Yes, perlu di state kan disini, nanti kan tak pasal aku pulak yang dapat karangan ancaman dari diehard fan ko Qallam. heh. oh, dia dah berpunya katanyaaa.

Bila ajak diorang ni tengok Side Effects, si Qalam ni siap cakap lagi. " Saya takyah pergi tengok Channing Tatum pun kak, tengok cermin dalam bilik sendiri je". Confident je kau. Bila pergi cinema, Side Effects  takde. Tak tahu lah belum keluar or dah habis waktu tayangan. Tak update sangat sekarang. Macam aku cakap, we are aging. Takde masa nak update benda yang less important. Bukan dengan diorang je, dengan  male coursemates kitaorang pun akan menyampah bila kitraorang sebut-sebut pelakon lelaki yang handsome. Bukan cinta pun. Bukan suka tahap nak mati pun. Just sebagai manusia kita akan tertarik pada keindahan.  

To be honest, tentang admire artist yang kononnya handsome ni boleh buat lelaki menyampah tahap nak pergi bunuh lelaki yang perempuan-perempuan minat tu just nothing. Ada apa lah yang sampai semua perempuan gila sangat kat dia kan. Sampaikan aku pernah ada baca satu blog yang ditulis oleh sorang lelaki yang cakap dia tak paham kenapa perempuan-perempuan ni gila sangat dekat lelaki-lelaki Korea. Sampai dia minta perempuan explain kenapa. hahaha. Haaaa, suami siapa tu? Kesian dia tau. Sebenarnya, kita-kita perempuan ni minat saje-saje je. Bagi aku, aku tak minat pun. Just tengok personality diorng ni macam bagus, baik. Macam Sonny Bill tu, despite being a rugby player, dia soft-hearted, layan peminat dengan baik, baik dengan budak-budak dan cakap slow kot. Muslim tu lagi plus point untuk dia. Tehee.

All in all, memang perempuan dengan lelaki berbeza. Lelaki suka sesuatu yang simple. Perempuan tak boleh fikir in simplest way. Lelaki kena paham yang perempuan minat tu  saje je. Bukan terfikir nak kahwin pun. Bagi aku, aku just tengok and then dah. Lepas tu memang tutup buku. Kalau orang nampak aku excited, aku saje je bergurau dengan kawan-kawan. 

9 comments:

- said...

Wahh! Kak. Kita sama dalam dua2 aspek. Dah agak. :D

Fareha Noor said...

hehehe. Sama ke? makna nya otak & taste kita sama.

Anonymous said...

salam..

da mcm baca, why men don't listen and women can't read maps..hehe..

tp ni statement yg betol...
" Nak tahu satu fact tak, sebenarnya tudung paling cantik perempuan pakai, tudung bawal. Simple. Ayu. Tak serabut belit-belit"'

setuju!!

cik fareha...

Fareha Noor said...

yes, that's why kitaorang selalu sesat dekat parking lot. hahahaha

Anonymous said...

betol 2,sebab 2 juga kami selalu kena bebel dgn ibu2 suruh kemas rumah...haha..

cik fareha...

NIA said...

aku kena bagi khairul baca nih.teehee.

p/s: i love you toooohhh!

Fareha Noor said...

kehkehkeh. suruh!

NIZAM said...

1st part:
perempuan pantang jumpe cermin kan. asyik nak tgk tudung ok ke tak. kalo bukan cermin pun, benda yang bole berpantul macam bus rapid tu pun bole juga ganti cermin. kan? haha.

Fareha Noor said...

hahaha. so true! tak payah tunggu kat bas pun, kat pantulan spec kawan pun jadi.