Monday, December 21, 2009

TV is fun

Hari tu aku sungguh bersemangat tengok Malaysia lawan Laos then boleh gi final lawan Vietnam.Tak sangka Malaysia menang. Aku biasanaya tak tengok bola sangat becasue I would prefer to watch rugby. My brothers enjoy rugby very much. So, aku join sekali ler. Hari tu aku balik rumah and I was so shocked because my father has cut off sport channel.OMG...Yang paling aku frust aku tak tengok langsung mana-mana Badminton Tournament. Yang latest,SEA games aku tak tengok langsung. Monsoon cup pun aku tak tengok..So, sekarang ni aku menapak tengok cerita-cerita yang aku jarang-jarang tengok dulu-dulu kala.They are awesome especially Chuck...

Asian food channel yang selalu bagi aku idea nak masak apa





so you Think you can Dance yang semestinya aku make sure aku x ketinggalan..



chuck....the best of all



Disamping tengok tv, aku selalu ikut mak aku buat kerja. Latest, aku ikut mak aku pergi dekat Ceramah Pendekatana 1 Malaysia. Aku memang dah tepu la dengan ni semua. Tapi takpe, untuk kesedaran kenegaraan...
Sejujurnya, aku menyokong segala usaha dan faham kerja mak aku.....

2010...Here I come

2009 is almost come to its ends. Also, we just celebrated Awal Muharram last few days. Hopefully, the time that has passed give us meaningful lesson for life time experience. I really hope Allah forgive all my past sins. Tahun baru, buku baru. This year will be the beginning of new life and would be more tougher. By today, I was home for almost 1 month. I was so bored. I'm tired of not doing anything. Plus, it always raining cat and dog. I can't do anything. The most 'exciting' activities I can do is eat and sleep. so, I eat and sleep every now and then. That's why I gaining weight enormously. I never been this fat...Ngee...
soooo delicious

By the way, long holiday like this is the most perfect time time to improve my cooking skill. I cook for my sisters and brothers and my cousin. I like cooking very much. This is another reason I'm gaining weight terrifically. I attended cookong class. It was awesome. Last 2 weeks, I took cooking test. The test qualified us to be....not chef but 'tukang masak'.Tukang masak je,chef 2 da macam up sket. With the qualification, we can apply for a at big restaurant or hotel cafe. But...I tell ya, the test was so hard. It freak me out. The terms used were chef's terms and I'm preety sure anyone who is not from cooking field or doesn't have basic in cooking does not know these terms. They were unfamiliar. For me, perhaps not for you'll. I just know educational terms. I completely have no idea either i can pass the test. During the test, I became the interpreter. I was like The Interpreter of Maladies....

P/S: One thing to share...shhh..JPJ is worse than police....Seriously

Thursday, December 10, 2009

Sambungan

Post ni merupakan sambungan kepada post yang lepas yang tergendala sebab tak lepas nak upload gambar dan aku malas nak menulis lagi. So, kepada saudari Nisya jangan merajuk lagi....Saya ni tak sempat nak menceritakan semuanya lagi....Ok lah, berbalik kepada cerita-cerita struggle for exam ni...malam yang mana aku, Zati and Merrow tengah-tengah blur ni, Nisya pun datang la. Nisya ni macam best student sikit. Datang memnentang kan apa yang dia dah baca. Sampai penuh bilik aku dengan kertas mahjung, A4 dan manila card. Sampai penuh ruang kat tepi bilik aku. Setiap orang ambil part dalam pembentangan 'kertas kerja 'ni. Merrow sungguh bersungguh-sungguh sebab dia cakap dia tak baca sangat pun lagi..Aku ni stok yak boleh tidur lewat. Masa diaorang tengahn bentang topik diaorang, aku pun bantai tidor. Bila dia orang dah habis bentang, aku mula la terkapai-kapai.So, aku suruh la Merrow dan Izzati explain balik kat aku. Thanks Guys. Nisya pun tidak kurang nya. Tunjuk satu -satu lagi kat aku. Malam tu, dia orang semua tidur blik aku. Bayang kan sekali dengan Hawa, 5 orang tidur dalam bilik 2. GAMAT tol. Malam tu, tidur tak tutup lampu sebab bajet-bajet sebelum tidur boleh la nengok-nengok dulu nota-nota yang kitaorang dah tulis penuh kat dinding. Satu lagi, mana la tahu, terkejut malam -malam boleh baca, kalau tak mengigau lah.

dinding bilik aku yang penuh dengan tampalan kertas2 presentation...study last minute punya pasal....

Saturday, December 5, 2009

After all

Musim cuti kat pantai timur memang tak best. Ini disebabkan oleh moonsun yang melanda dengan sangat dasyat. Wabak yang melanda Terengganu sekarang ni ialah taun disebabkan oleh banjir yang menjejaskan bekalan air bersih. Sehubungan dengan itu, aku salah seorang yang tak kecuali daripada terkena taun. Apa yang dapat aku katakan, taun yang aku kena kali ni memang teruk sampai aku masuk hospital. At first, aku g klinik kat rumah aku, tapi dapat surat kenal refer kat hospital Sultanah Nur Zahirah. Sebelum ke hospital, aku dah kena inject kat bahu. Sampai kat hospital aku kena ambik darah dan kedua-dua belah belakang tangan aku di inject.Hnaya tuhan saja yang athu betapa sakitnya. Aku rasa macam nak cabut je wayar-wayar yang berselirat kat kedua-dua belah tangan aku. Then , nurse masuk kan 2 botol air dalam badan aku. Nasib baik aku bukan yang jenis fobio dengan jarum. Tapi bila dah banyak kali kena inject, aku yang ada sisa tenaga yang sikit-skit ni terus jadi tak larat. Ditambah pulak aku yang muntah bagai nak rak sebelum tu.Memang banyak kali sanagt aku muntah. Memang lembik dan tak de tenaga langsung.Tapi Alhamdillah, aku dah ok sekarang. Sekarang ni banjir kat Terengganu hampir pulih, tapi bakal dilanda banjir gelombang ketiga tak lama lagi. Begini lah nasib kami orang pantai timur ni. Kadang-kadang ayah aku tak boleh g kerja sebab stuck banjir.

Berbalik kepada cerita yang best. Aku sangat besyukur because all my cohortmates passed the exam well. We did it. All our struggle ended with smile s and good news.Although i'm not among the best, i'm so grateful because i have given the opportunity to smile...My studymates; IZZATI and MERROW......gambatee kudasai.... we did it.....

pintu bilik aku jadi mangsa presentation befor the exam

Actually i wanna upload some more pictures but since i got problem in uploading those picture, i will upload them later....

Wednesday, November 18, 2009

No Title

Beberapa hari ni aku rasa down sikit sebab banayk kali 'dihemtam' oleh kawan-kawan sendiri. Maybe because of the changes in me. I have no idea about it. But people do change. Masa dan keadaan boleh mengubah segalanya, hatta hati manusia. Aku akui, aku ni memang jenis hati yang senang berubah.Aku sendiri bimbang pasal tu.OK, that is my weakness. Kalau orang cakap aku berubah,mungkin betul tapi hati aku siapa tahu. Bak kata Ustaz Zain, kita boleh nak berubah tapi hati tak boleh berubah.Mesti ada jati diri. Insyaallah aku ada. Orang yang sedap-sedap nak cakap macam tu kat aku pun tak tahu siapa sebenarnya aku. Ok, takpe. Maybe ni ujian bagi aku. Tunggu satu hari nanti bila Allah nak uji kamu, kamu berada dalam situasi tu, baru tahu macam mana rasanya bila mana sebenarnya we are struggle to overcome it....believe me, one day you will be TESTED......

Saturday, November 14, 2009

Patriotik

Pagi tadi budak-budak silat menerima sijil kenaikan bengkung HIJAU. Dapat sijil je. Bengkungnya hari khamis minggu depan baru ada majlis proper. Dan majlis ini juga merupakan majlis perpisahan juga. Masa tengah makan, Kak Atta ada cerita kat kitaorag pasal ada budak perempuan Malaysia yang study Australia kena samun.Budak tu kena tarik masuk kereta dan dibelasah sampai pengsan. Bila dia dah tersedar, dia dapati dia berada dalam sebuah rumah kosong dan tangannya terikat. Tak pasti sama ada dia dirogol atau pun tidak. Yang pasti duit dia semua hilang tapi phone dia tak dicuri.Pelik juga.kalau trend macam tu kat Malaysia biasanya mat-mat dadah yang desperate cash je. Abang Zairi pun pesan juag kat aku n Kira suruh cari la silat kat sana. Insyaallah ada. Ini semua penting untuk menyelamatkan diri sendiri sekurang-kurangnya. Bersemagat waja aku jadinya. Ini merupakan permulaan kesinambungan cerita aku untuk entry kali ini.
Point aku ialah,lepas balik dari silat aku berfacebooking. Bila dah tengah hari sikit aku mengantuk. So,aku pun tidur ler. aku bermimpi la satu mimpi yang macam OMG sikit. Aku mimpi ada mat salleh datang kat sebuah sekolah yang mana aku ada kat sekolah tu (my godness, cikgu gile). Tapi aku rasa aku bukannya mengajar kat sekolah tu pun. Askar-askar mat salleh tu bunuh budak-budak sekolah tu dengan kejam.Dah sekolah tu masa tu banjir. So, terapung la mayat-mayat budak sekolah tu. Aku ni cuba nak escape dengan sorang kawan aku ni. Kawan aku tu perempuan juga.Aku naik kat padang sekolah tu sebab padang tinggi dan x banjir kat situ. Aku ingatkan xde la askar jahanam kat itu.Rupanya lagi ramai dan mereka kepung kita orang dua orang. Bila diaorg dah dekat, diaorang baling batu kat kitaorg. Aku rasa macam dah kena rejam la pulak.Ni semua pengaruh video-video yang aku tengok masa BTN. Fobia aku tengok video2 tu sume. Sampai aku tutup-tutup mata.

penderitaaan dinegara yang mengalami perang

Dengan pengaruh majlis penyapaian sijil bengkong dan sembang2 pasal silat pagi tadi dan nasihat-nasihat pn.Mariam membuatkan aku tiba-tiba dengan beraninya (dalam mimpi je) melawan tentera mat salleh 2 tadi. Punya la aku semangat sampai tergole-golek n tak larat akhirnya, tapi aku sempat tikam atas belakang askar 2. Dah rasa macam tok Janggut pulak. Mati lah askar jahanam itu....tiba-tiba aku dengar bunyi bising.Aku tersentak. ISH..ada oarng ketuk bilik aku rupanya. Malas la nak buka........nak sambung mimpi aku ni tapi dah x leh nak tidor.so, aku bangun lah..........

kemalasan yang melanda...maafkan daku
ni semua ada lah semangat yang di semai semasa BTN. Memupuk semangat cinta akan tanah air walaupu mimpi aku ni kelako tahap nak tergolek-golek.Tapi sebenarnya mimpi aku ada maksud. Punya la patriotik aku sekarang ni.Asyik duk nyayi lagu partiotik je....Yang pasti aku rasa baru tersentak dari khayalan. Hakikat politik kat Malaysia sekarang ni. Turning point lah aku boleh kata kan.Terlalu banyak pengalaman dan kesedaran sampai aku rasa tak leh nak cerita kat dalam blog. Panjang sangat. Hanya org yang pegi BTN je tahu bhawa BTN ni sanagt perlu untuk semua orang.

sebelum berangkat

kawan-kawan dari IPSAH



Org ckp muka kitaorg sama..sama ke? mata ktaorg sama2 kecik kot..yang pasti nama kitaoth sama..nama ayah sekali


groupmates yang best gler
night of turning point 1

night of turning point 2


Friday, November 13, 2009

Saya sudah balik..

Petang tadi selamatlah sampai segerombolan group kami pulang dari Kem Bina Negara Nilai-Sepang yang mana kami telah menjalani BTN selama 5 hari. Ohh...banyak pengalaman yang di timba dan semuanya sangat berguna. Ahhhh...rasanya sekarang aku lebih patriotik kot.Insyaallah.....
Selain tu, aku harap semua cohortmates aku semuanya bersatu padu dan lebih bekerjasama selepas ni.Ingatkan nak upload gambar kat BTN 2, tapi cm x de gambar lagi...tunggu lah, esok ke, lusa ke.......
Dalam keletihan yang bersisa ni, aku teringat pula pasal sale yang ade kat Kluang Mall masa aku g sana minggu lepas. Rasa ada sedikit kerugain.Ada sale kasut/sandal dan handbag. Memang murah giler. Dan aku pun jadi giler jugak lah.Sandal dan kasut POLO yang harganya 80++,90++ dan 100++ boleh dapat 20++ or 30++.Memang berbaloi lah kalau nak beli.Izzati beli satu sandal dan aku ada berkenan satu tapi bila ingatkan balik aku masih ada 1 high heels yang beli tapi tak pernah pakai pun lagi, 1 sneaker yang baru pakai sekali dan sandal POLO yang baru je aku beli kat Kotaraya, aku rasa aku mesti berfikir seribu kali.....


Bila fikir punya fikir....tiba-tiba teringat,ini semua nafsu....Godaan dunia bak kata Yumna ( heheheehe) Astaghfirullahhalazzim...( sorry, terpoyo kejap)...tak boleh beli sbab poket kopak jugak...

Sunday, November 8, 2009

Packing all my stuff

Oh...sekarang ni agak busy. Dalam mood mengemas dan mengemas sahaja. esok dah nak kena gi BTN. satu hape pn tak kemas lagi. Baru je siap mengemas suma buku-buku dan mengasingkan kertas2 y nak dikitar semula. tiba-tiba aku terjumpa satu buku. Buku roll-call aku waktu sekolah dulu. Bila aku baca rasa macam nak gelak tergolek-golek.Boleh katakan buku peraturan yang dibuat oleh senoir. Catat apa y senior nak kita orang buat. Zaman sekolah dulu bapak tak matang nyer.
Antaranya:
1. menghormati senior/bagi salam
memang kita patut menghormati org yang lebih tua.tapi ada batas nya.sorang kawan aku kena 'palang' kat senior sebab tak bagi salam sedangkan masa 2 makanan penuh dalam mulut dia.
2. jangan tegur senoir lelaki/dilarang keras memberi salam kpd senior laki
yang ni tak tau la nak cakap pe.Biasanya senior tegur junior tapi tak pasal-pasal kitaorg pilak kena kat senoir perempuan.kena menggedik la, itu la, ini la.
3. jgn megumpat LDP/BWP
orang tak akan mengumpat kalau diaorang baik.tapi bagi aku,aku tak de pape masalah pun ngan diaorang.sbb aku tak pernah kena

4. jangan tanda meja makan
takut tak de tempat nak duduk.
5. couple diharamkan sama sekali

nanti akan di'public wedding' kan


Ni la antara peraturan2 yang ada kat sekolah aku dulu.Roll-call sampai lewat malam. aku ni dah la tak leh tidur lewat.tiap-tiap petang ada aktiviti untuk budak form 4. malam lepas isyak baru boleh start prep.lepas prep, roll-call.habis tu mana ada masa nak study. no wonder result exam aku masa form 4 teruk giler. below 2.5...bayangkan....tapi alhamdullilah, bila form 5 aku bebas dan tak banyak aktiviti sangat. pointer aku meningkat. sebenarnya, masa form 4, banyak benda senior tak bagi kita orang buat. tersiksa hidup aku ni. Macam-macam aku kena.kadang-kadang aku tak sempat nak makan.so, aku terpaksa makan nasi lemak yang pak cik tukang kebun jual malam-malam kat tepi dewan makan. sampai sakit2 perut aku.walaupun dobi ada, tak cukup menampung baju untuk semingu. so, kena bsh baju sendiri. dah la aku elergik (betul ke aku eja ni) sabun basuh. menggelupas habis tangan aku. yang paling worst, tangan aku panas setiap masa.
bila aku form 5, aku jadi exco blok n JDI. aku berhak nak psyco budak2 form 4 baru masuk, tapi aku tak pernah buat macam 2.aku fikir, dia org dah besar. tak patut buat macam tu. lagi satu, kesian la kat dia org.dh la mak ayah jauh, kena tekanan hidup lagi, mmg suffer giler r. Aku masuk MRSM masa aku form 4. mmg ak tak leh ikut sistem MRSM sebab bagi aku, cara pembelajaran dia lain dan syllabus pun mg lain.Bagi adik aku, dia skolah sama ngan aku masa form 4&5, tapi dia tak de masalah sangat sebab dia masuk MRSM sejak form 1. Pointer dia maintain cantek punya.
Tapi aku tak pernah nak kutuk2 senior aku, sebab aku boleh terima semua ni dengan positive dan aku menjadikannya sebagai satu pengalaman dalam hidup aku. ia menjadikan aku lebih berdikari dan kuat.



p/s: kepada sesiapa yang baca post ni, tolong doa kn aku dan kwn2 cohort aku dalam exam ni...we are hoping for the best


Tuesday, November 3, 2009

Learning and Learners

Exam is over but i'm not satisfied with my exam paper. I couldn't finish all the questions. I know the answer but i didn't have enough time to write. I think 2 hours is not enough for LEARNING AND LEARNERS subject. There is alot to write. I'm so scared. Seriously!!!!But now i just can hope that everything is gonna be ok. Semoga Allah lembutkan hati lecturer yang tanda paper aku.
Just now, immediately after we finished the exam, I heard Azmi said." ni lah kali pertama tak puas hati jawab soalan". OMG!!!first time ke.Aku ni memang dah ber'time-time'. This also can be the prove that LnL exam is not easy. The concept is there but the questions were twisted. It makes the question confusing and somehow difficult to manipulate.I spent to much time to write essay that carry less mark. I should focus on the questions that offer high mark which is questions on applications.When the time was almost up, my hand was shaking. I wrote until the last second Ms. Goh collected my paper.NOW EVERYTHING IS OVER
hanya mampu mengharap....*sigh*
YA ALLAH, permudahkan segalanya bagi aku semoga lancar perjalanan hidupku........
INSYA ALLAH dengan izinmu


Monday, November 2, 2009

kisah kawan-kawan ku

Post yang lepas aku cakap tak nak menulis apa-apa kat blog sebab aku busy dengan exam. Tapi sebenarnya aku tak boleh melepaskan peluang bila bilik aku tiba-tiba dapat internet. lagipun aku baru je habis paper English Language Teaching beberapa jam yang lalu. So, ambil kesempatan ni untuk relek sebentar.
Dalam kesibukan aku nak exam, aku terlupa salah seorang kawan aku telah melangsung kan perkahwinan pada 30 Oktober hari tu.Busy sangat study la katakan. Dia ni antara kawan aku yang rumah paling dekat dengan rumah aku. Masa sekolah rendah, aku satu kelas dengan dia, tapi bila sekolah menengah, kelas sebelah-sebelah. walaupun rumah dekat, aku pernah 4 tahun tak tengok muka dia sebaba dia tak keluar rumah. Tup-tup aku dengar dia nak kawin. Tahniah la kat dia. Da kawin sorang kawan aku. AKU? masih berhempas-pulas untuk mendapatkan segulung ijazah.takpe, aku ada misi yang perlu dilaksanakan dalam hidup aku. Education is number 1. dan mesti seiring dengan agama.Kawan aku ni kat sekolah dulu ramai orang minat dia. Da mmg cantik la. aku pernah bergaduah dengan dia dia sebabkan oleh cikgu-cikgu lelaki practikum MATH. perhatian...bukan berebut cikgu-cikgu 2 tpi pasal lain. Cikgu-cikgu 2 mmg muda-muda. Dulu kan cikgu ambik diploma, so diaorag tu sanagt2 muda dan ta jauh beza umur ngan kitaorg.Disebabkan pergaduahan yang membabitkan cikgu-cikgu math 2, sampai sekarang aku fobia dengan cikgu-cikgu math. Aku rasa pemikiran diaorang ni agresif. Unexpected dan menakutkan aku. Ngee...ape pun,aku tumpang gembira dengan terbina 1 lagi masjid dalam agama ni.Semoga kekal hingga ke syurga

Ni satu lagi kisah seorang kawan aku. Korang mesti ingat dia kan? Izzat Farid. Masa sekolah rendah, dia budak laki yang paling pandai dan English dia sangat ok. Bila hbs sekolah rendah, dia dapat tawaran ke sek.sains sultan Mahmood, antara sekolah yang top kat Terengganu. Tapi macam mane bila form 3, dia pindah sekolah dekat rumah dia. X tahu apa sebabnya. Orang cakap mesti ada something happen. Tapi nak ceritanya pasal dia, semalam mak aku kol, cakap dia accident. Dia naik langgar tiang lampu sampai patah 3, dia tak teruk tapi adik schoolmate aku yang sorang lagi meninggal...
memang tragik..Ya Allah tempatkan dia bersama orang2 yang beriman..AMIN

Wednesday, October 28, 2009

Exam Alert

Need to focus on the coming exam now. It is just around the corner.Need to struggle very hard. This exam is very8x important. To all my friends, B.Ed TESOL cohort 1, pull up your socks guys.i might not update my blog until everything is settled. Terperok dalam bilik je sekrg ni.....Study konon nyer...


Wednesday, October 21, 2009

Thinking of going out....

Keluar lagi????
Ade duit ke aku ni?
Boleh la..ade je sikit-sikit...

Sometimes, aku rasa tak percaya aku duk kt JB.Dah rasa biasa sangat because it has been 2 and 1/2 years i have been here. Living in JB city...what a very busy city..
One of the largest city in Malaysia.
One of the most expensive city in the South East Asia( mmg sengkek r aku)
Plus, aku duk kat Larkin, one of the most higest crime rates in Malaysia..
I can say there is no retreat at all
Sometimes aku keluar malam sebab nak makan and balik dari mana2 waktu malam, aku suka tgk bandar.
Dulu masa aku skolah kat Kuantan, punya la aku nk tengok Kuantan waktu malam, tapi skolah, mane blh kuar malam.Hanya 1 cara je nak keluar malam..FLY...
Aku tak kan fly walau ape pun terjadi.Nanti kena gantung mmg mati ar aku. Tapi sekarang ada kebebasan. Dah x payah fly..Tapi insyaallah takkan gunakan kebebasan yang ada untuk buat benda bodoh.
OK, ada date dengan kira at 2...Got to go now..

Tuesday, October 20, 2009

Busy

TRAFFIC JAM......
the phrase i can use to describe my life this week..Although there's not much assignment left, but i need to settle some other things..

1.CM assignment
2. i'm in charge on gerai for hari terbuka asrama ( byk benda kena fikir)
3.tonight- kena buat spot check blok...( adeh)
4. thinking of going back to Negeri Sembilan...byk barang tertinggal
5. Bila agaknya boleh start revision?

Sunday, October 11, 2009

Tribute to my dear friend, IZZATI

Today I feel very.....donno what to say. Very uncertain dan dalam bahasa yang mudah aku tak sedap hati. So, i was thinking of going somewhere.....where i can release my tense and in a way i can say frustration.Aku rasa kesian kat seorang 'teman' yang menceritakan tentang kekasih hatinya telah terlebih dahulu di jemput oleh orang lain.Sadis, hurm tapi kenapa nak bother sangat...sebab aku kesian sangat kat dia atas alasan....TETTTT...whatever.Biasalah sebelum dapat yang sesuai terpaksa lalui liku2 yang macam-macam.So, atas alasan nak tenangkan jiwa aku yang takut, gementar dan segaa perasaan yang bercampur-gaul ni, aku ajak Izzati pergi Danga Bay even Danga is not the best place to release my tense and misery. thank Izzati coz temankan aku.Bila je hampir sampai, aku dah dapat bau laut.Memang mendamaikan jiwa.Aku suka gi pantai.Dulu-dulu masa sekolah aku akan pergi kepantai yang dekat dengan rumah aku setiap kali balik asrama sebab aku kena tenangkan fikiran.Tapi kawan aku cakap tak elok selalu sangat duk tepi pantai, boleh hilang ingatan. Ibaratnya, angin laut bawak semua apa yang ada pada kita ke laut. Betul ke? Even there is no scientific explanation about that, me myself sometimes admit that fact to be true.OK, just forget about it.


Aku duduk tepi port yang menghadap kapal-kapal kat situ.Hurm macam marina la jugak aku tengok.Lepas tu, cam bosan aku gi Danga yang belah Rumah Limas tu. Tiba-tiba aku tengok ada orang drift.Aku pun join la sekali tengok.Terpana aku.Aku boleh kata suka juga tengok menda-menda cam gitu but just for pleasure. I'm not really into it.Lepas tu makan ais kreng sebab perutaku panas makan nasi lemak kukus sebelum gi Danga. Sesudah je makan, azan maghrib.Oh kena semayang ni. Tak nak semayang kat surau kat Danga sebab surau dia kecik giler.Lagi kecik dari bilik hostel aku yang aku share ngan rumate aku.Plus, kain semayang kat situ busuk dan kuning( perlu ke aku describe?)Bukan apa, alasan aku tak ak sembahyang kat Danga.Aku tak nak balik Larkin lagi, so laku menyusuri jalan ke angsana mengharapkan akan bertemu dengan masjid.Alhamdulillah jumpa masjid.SEMBAHYANGLAH KAMI. Bila dah siap sembhyng terus tersedar, eh agak jauh nak kena turn.Ok, memandangkan aku pernah pergi gk Perling, aku layan je jalan tu.Malas nyer nak cerita...cm pnjag pulak.
Tapi ni point aku dalam post ni, to say thank you to IzZati, very much sbb banyak tolong aku, senang dan susah.Aku selalu jgk tidur kat bilik dia sebab aku takut tidur kat bilik aku.hehehehehe
Gelak sama-sama, tapi nangis lain-lain, but still sharing some problem together.

SUBMIT your assignment please !!!!!!!!!!

i'm kinda tired last week because I got 3 assignment to be submitted.But it didn't bothered me at all, even it make me miserable ( hurm, in a way).I just wanna tell the worst part of it, submitting ER assignment.I have to submit it at the end of TITAS lecture since En. X wanted us to bind the assignment with plastic cover and he asked to put content page to make the assignment look interesting and whatever lah kan.Actually i'm not sure either my assignment was on the right track or not. So, during recess I went back to my room to add something which looked incomplete. But still I couldn't finish it. After TITAS lecture,I ran to my block, print all the things and it was almost 1.15 p.m at that time.Hanis told me Ms.kan already locked SAC door. OMG!!!!!!!!!!


Ok, tak pe, kena hantar juga. Dalam kekalutan aku yang tak bind pun lagi esaiment dan tak isi lagi AR form, aku nampak seorang jejaka yang nak hantar asaiment juga bila smpi kt depan SAC. Aku dengan pen pun tak bawa, aku pinjam lah pen dengan jejaka itu. Jejaka itu sangat kalut.Bimbang sebab tak hantar lagi esaiment. Aku minta pen dengan dia dan dia kelurkan kunci motor dia bagi kat aku. Memang dah tak berapa betul jejaka ini sebab terlalu nerbes... Izati suruh jejak itu minta kunci dengan Ms. kan sebab kita org tak pakai kasut. Jejaka itu dengan gagahnya pergi ambik kunci dengan Ms. kan.OK,Ms kan bagi kunci dan dia tunggu kat bawah. So, si jejaka tadi buka mangga tu tapi tak leh buka sebab gelabah.At last, aku buka dan masuk. Masa masuk tu, jejaka tadi menjerit dan membuatkan aku gelabah.Then, dia ketuk meja. Lepas tu, boleh pulak dia melompat pak kaduk kat dlam SAC tu. Aku dengan tak bind, nak cri stepler, nak isi AR form ni, cemas gile,Padahal dia tu dah siap sume,Just letak assignmt dalam bakul n tanda tangan. settle.Dia yang psyco aku. ok,Syafik, ko dah buat aku gelabah katak ko tahu tak.Aku rasa aku dah patut bunuh kO.