assalamualaikum
hari ni saya nak menyentuh sikit isu being a gentleman. according to Wikipedia, gentleman is defined as 'strict signification, denoted a well-educated man of good family and distinction, analogous to the Latin generosus and as referred to my phone dictionary gentleman is a man who comes from a family of high social standing/ is polite and educated and can be trusted. or you can refer politely to them as gentlemen. dalam erti kata lain, orang dulu-dulu refer gentleman ni sebagai lelaki kaya yang sopan. dulu-dulu, orang kaya sopan sebab diorang belajar adab. orang miskin sedikit harsh kerana tekanan hidup, dan tak berpelajaran. so, diorang tak tahu kepentingan adab sebanarnya mencerminkan keperibadian. lebih kurang macam tu la. tapi zaman dah berubah. semua orang dah educated. semua orang refer diri diorang sebagai orang yang bertamadun sebab kita concern pasal humanity, values, hygiene, and stuffs.
saya nak menyentuh satu skop kecil pasal gentleman ni. dia sebenarnya broad. tapi saya nak fokus pada satu aspek je. korang mesti aware dulu, Reader's Digest pernah menyenaraikan Malaysia sebagai sebuah negara yang rakyatnya kurang ajar/ takde manner. mesti semua tahu pasal ni kan? masa tu, rakyat Malaysia semua marah sebab aspek yang kaji ialah bila kita masuk pintu, kita terus lepas kan. macam mana nak cakap eh? kiranya macam, kita tak hold pintu untuk orang lepas kita. kita terus debakkk tutup.bagi Westerners, perbuatan itu sangat biadap. tapi, ada complain suruh Redear's Digest bersihkan balik nama Malaysia sebab itu akan menjejaskan imej Malaysia. tapi, itu la yang terjadi di negara kita. kita tak hold kan pintu untuk orang lain. tapi untuk girlfriend kita kita mesti la hold kan. nanti merajuk awekss..hahha. bukan la saya nak compare di sini, just sharing. apa yang bagus kita share untuk improvement ok. terima apa yang saya nak share ni secara positif. semasa di New Zealand, habit yang saya sangat impress ialah, orang akan hold kan pintu untuk orang selepasnya. mungkin kita dengar benda ni sebagai benda yang sangat kecil tapi manner tu bermula dari sekecil-kecil benda. lelaki mat salleh terutamnya akan hold pintu untuk perempuan dan suruh perempuan masuk dulu tak kira la dia kenal ke tak perempuan tu. dan....lelaki tak akan masuk pintu perempuan buka.eh? sangat berbeza dengan lelaki Asia yang buka pintu terus hempap. adoi, tapi ni orang kita . kalau naik lif, lelaki mat salleh, even duduk depan pintu akan beri laluan kepada perempuan untuk keluar dulu. pegangan ladies first tu sangat dipraktik kan. kalau lelaki Asian, tak kira la Korean, Thailand, India, Jepun , China semua bantai langgar perempuan keluar dari lif (di New Zealand). and i was like, tak menyempat diorang ni. langgar perempuan lagi. tapi nasib baik tak pernah bertembung dengan lelaki Melayu buat macam tu. hari tu pernah buka kan pintu untuk lelaki mat salleh tu, barang dia banyak. tapi punya la kan lelaki mat salleh tu malu nak masuk sebab perempuan buka kan untuk dia, dia buka pintu sebelah lagi sendiri. kan pintu tu dah terbuka luas macam pintu Gurukul, tergebang dua-dua belah masa Shah Rukh Khan masuk ke sekolah tu. hahaha. atau pun kalau kita nak naik bas kita akan suruh pak cik naik dulu, tapi mesti dia akan cakap kt perempuan-perempuan 'after you'. sweet kan? pulak dah aku nih.
significance nya, saya nak cakap, lelaki harus la being gentleman dengan hold pintu untuk perempuan terutamanya. dan rasa rasa tak perlu la sampai nak tolong buka kan pintu kereta. tapi kalau nak buat, bak kata lecturer saya, make sure you can do it for the rest of your life to that girl, buka waktu bercinta je. kesinambungan cerita hold kan pintu dan kepntingan nya, tapi kisahnya nak cakap semua orang patut jold pintu untuk semua orang. ceritanya saya pernah patah jari sebab orang depan saya tutup pintu tak pandang belakang. ceritanya, saya nak masuk kedai Mesra, kat stesen Petronas tu. kat depan saya ada lelaki, dia buka pintu, dia terus masuk dan lepas kan pintu. saya yang nak masuk kat belakang dia, nak buka pintu or nak tahan pintu sebab nak masuk, entah macam nama sbb dia lepas pintu macam tu je, zapppp..tiba tersepit tangan. ya Allah, masa tu hanya tuhan je tahu betapa sakitnya tangan ku. bayangkan pintu kaca tu sangat besar, setinggi cermin kedai dia tu la kan. dan tepi setiap hujung cermin tu takde getah. so, korang bayangkan sendiri la macam mana. tersepit celah cermin berat, besar dan tajam pulak tu. rasa jari kena parang jeh tau. nasib baik ada tindakan reflek dari entah mana datangnya, terus tarik tangan. pergh, rasa tersiat jari. darah sampai tersembur ke atas tudung. terus tutup dengan baju. tak berani tengok sebab well, you know me la kan. saya tak boleh tengok darah. walau pun dah pegang jadi dengan baju, still darah tu sgt banyak. kawan saya nak tengok, so saya tunjuk kat dia. dia sebut ya Allah Fareha, teruk ni. and i know it worse then. dan psychology saya terus terganggu. terus black out. dengan bau darah tu lagi la mabuk. perasaan tu ialah, kita tak nak pengsan pun tapi badan dah tak larat nak berdiri. saya besarkan mata saya bila saya dah mula kabur, nampak everything semua hitam. cuba untuk berjalan, tapi huyung-hayang dan tetiba dah tak nampak apa-apa langsung dan kedebuk...terus jatuh. pengsan bukan sebab sakit, tapi seriau, mabuk darah. gila la aku ni. dipendekkn cerita, pergi klinik tapi MA tu tak boleh buat i dont know why, tapi cakap teruk sgt dia tak...ape ntah. so pergi hospital, dokter cakap jari patah. boleh tak saya dengar dokter tu cakap, oh, teruk juga ni.macam tu je perasaan dia. emotionless. saya punya nak kacip gigi dengar sbb scarayy.hahaha. tengok lepas dah jahit je.huhuu. ok, moral of the story. lelaki, please la be gentleman sikit. tolong hold pintu untuk perempuan k. bukan untuk aweks awak je tau, untuk semua perempuan tau. kan tanggungjawab semua lelaki untuk melindungi perempuan apatah lagi jika awak muslim. ok, ni dari aspek humanity.
dari pandangan Islam pula, being gentleman is defined sebagai melindungi maruah perempuan, tak kisah la perempuan tu sesiapa pun bagi kita. dan yang paling penting menyelamatkan saudara perempuan dari api neraka. seseorang lelaki itu dikira dayus sekiranya anak perempuan nya, isterinya, dan saudara perempuan nya berbuat dosa sekiranya dia tidak menegur dan membiarkan sahaja. dannnn..perempuan juga harus ingat kita harus elak kn diri kita menjadi penyebab ayah kita, suami kita dihumban ke neraka kerana kita. air mata bercucuran. Y........Y. insyaallah, Allah lindungi kita semua dari api nerakanya.
search keyword gentleman kat google. ni result nya. gentleman sungguh. * ke saya patut cakap sosial sungguh* heeee

bila saya anak lelaki nanti *eceh, anak katanya* insyaallah saya nak didik anak lelaki saya supaya jadi gentleman. menghormati perempuan dan tahu haknya sebagai lelaki. jangan kena buli kat perempuan. gentleman bukan bererti gentle eh. lelaki perlu jadi gentleman, yelah sebab sebagai mak dan ayah kita mesti nak anak kita kahwini lelaki yang terbaik untuk dia kan?mesti la kita tak nak anak kita kahwin dengan lelaki yang kita ragui kebaikan dan imannya. sebelum itu, kita sendiri tak kira la lelaki ke, perempuan ke mari perbaiki diri dulu. terkesan dengan kata-kata usztaz kat surau maktab hari tu,terharu. in deed sgt betul
awak semua ini adalah hasil didikan isteri yang solehah. sebab kalau tidak, awak tak akan berada disini. hasil tarbiah mak ayah awak, awak jadi 'manusia'. .
phew! panjangnya. tahniah you made it to the end. me myself take 3 days to write this post. thanks for reading. moga dapat manfaat bersama.
9 comments:
mana butang like entri nih?mohon izin share :D
super duper like this post..
waaa panjang sungguh tapi tak skip apa pun qilah baca..hehe
moga kita dapat didik anak-anak lelaki kita macam ni ya fareha..ekeke
izzati: terima kasih kerana selalu appreciate idea ku. sayang. muah! gitoh
puan seri: thank you mama. saya suka juga blog mama.
k.Qilah: thanks sebab tekun baca sampai habis.
jom, perbaiki diri untuk mendidik anak2. hee. rasa sewasa sgt.
camna pulak hubungan anak dgn ibu bapa mereka?sama ke dgn kite?
cik fareha.....
sy hanya menyentuh bab gentleman. bak ibu bapa lain pulak. well, pasal mak ayah kita wajib taat selahimana apa y disuruh tidak bertentangan dgn agamsa.
just ask...
mane taw ade entry pasal 2 coming soon...tq... :)
cik fareha...
harus ke gambar tuh??? social sgt nh
anonymous..lol: not sure tulis ke tak. caskap je
apix: mmg sosial. tpi suka erk? tiba
Post a Comment