Wednesday, June 5, 2013

Greatness


We live with expectations. We work hard to live up to the expectations. 


From my personal experiences, the more I wanted something, the more chances I lost. So I learned that if I want something, just relax. Take it easy. If it meant to be mine, it will be mine. It just a matter of time.   

Wednesday, May 22, 2013

May celebrations

It's Mayyy. Ye, baru nak sedar. Padahal dah 20 something of May. Just got back from Selangor. Well yea, photography job as usual. Today i went online and check my SPP interview result. I pass. Alhamdulillah.

In May, we celebrate two special days; Mother's Day and Teacher's day. None of these seems to be special for me yet. Hahaha. Not yet a mother, still in waiting list for teaching. Phew! Tapi hidup tak perlu gundah gulana, be awesome instead. We celebrated mother's day at home. Gave mum present and we had big makan-makan ;)

We have to appreciate our mother. The agony of pregnancy and giving birth is unbearable. She takes care of us when we are growing up. The only thing she wanted from us is be the one that make her proud. My mum ever said, if a child know how painful giving birth is, he/she will never ever hurt their mother's feelings. It has been said that the pain of giving birth is beyond a limit that a human can bare. Sebab tu mati sewaktu melahirkan anak merupakan mati syahid.

Even period pain is the worst pain I ever endure, I feel no blood on my face, the sweat running down from my forehead, I couldn't speak, could'walk, and all I want to do is sleep. The pain is not just around the stomach, you know, you could feel the unbearable pain in back bone, waist and hip. Almost all the time too, I got severe headache in that time that make me blacked out several times. PMS and period pain are just a tiny little thing compared to child birth. Giving birth is like hundred time of pain compared to period pain. My friend ever told me, " Rasa macam nak mati Fareha!" . That scared hell out of me. Sometimes, it's good to unfriend with married people. Hahahha. Kidding!!

The video shows child birth simulation for men. See if men could bare the pain too. Dear Mother, you are STRONG and BRAVE!



"Itu lah hikmahnya syurga itu terletak dibawah telapak kaki si pemilik rahim"

P/s: Disebabkan cari video ni, terjumpa video delivery yang sungguh seram. Aku kan penakut. Pff


Teacher's Day

Hurm, what to say eh? Hargai lah guru anda. Seriously kita memang kena respect guru kita macam kita respect parent kita. Sebab keberkatan ilmu yang kita pelajari tu bergantung kepada redha cikgu kita terhadap kita. Tengok gambar kat bawah ni, Aku just nak komen dua gambar terakhir, What I ready do. Speaking of which, since I already involve in this system, I know how it really works. From our bare sight, teaching seems to be very easy. Very easy huh? Kerja separuh hari. Really? Kat rumah sambung kerja lagi hoi. Weekend pun kena kerja. Unpaid okey on weekend. Tapi bagi aku, aku tak kisah asalkan orang hargai usaha aku untuk membantu diorang dan masyarakat jangan memperlekehkan kerjaya guru. Pretty please. 

Sebenarnya, memang ramai yang selalu memperlekeh kan kerja guru, cakap kerja guru senang. Kerja engineer susah gila. Ni contoh je okey. Tahu tak statistik  di Malaysia (berdasarkan ceramah y disampaikan oleh pegawai ipg urgh, i didn't remember but it was last year), 46% penghuni rumah sakit jiwa adalah penjawat awam, dan 60% daripada jumlah itu adalah guru. Sebab tu masa di IPG, teacher trainees wajib menhadiri kursus kesihatan mental. Penting tu. Kalau tak, jadi yang macam kita pernah dengar dulu, ada guru ketuk kepala student dengan heels. Geram sangat kot. Stress pun satu hal. Guru terpaksa buat banyak kerja clerking, sumpah tak tipu. Bukan mengajar je. Pelbagai polisi dibubar dan dilaksanakan, last-last cikgu juga yang terkial-kial nak laksanakan. Kadang-kadang, aku tengah makan, tengah mandi pun boleh fikir macam mana nak ajar budak-budak ni biar paham. Fikir macam mana nak control behavior diorang.  

Dan gambar last sekali is the most inspiring, posted by one of my seniors. And Why I do... Teaching is now considered as professional. Teaching dah diletak kan sebaris dengan other professionals dan kita lah pengerak negara, pemacu kemajuan negara. Wow! (bersemangat waja jap). How do we define professional? People who are trained in the context environment to  work in particular field. The scope of the work is specific. So, dalam transfomasi pendidikan sekarang (past 10 years), aim nya adalah untuk memartabatkan profesion perguruan. Sekarang nak jadi cikgu SPM perlu 7A keatas. Good job KPM and IPG.



Happy Teacher's Day!


p/s: em going to my convocation next week. Can't wait! heeee

Saturday, May 11, 2013

Post 13th General Election

Assalamulaikum

Fuhhh, general election is over. Hectic life is finally over. I'm not directly involved in the process of the election and stuff, but my parent did. There were times my mum was very tired, she pulled of the car and slept by the roadside. My dad was a SPR officer. I got to involve in certain activities and event too. Yea, that's why I said, with the end of election, it's a big relieve to me and my family as a whole. 

Last few days, all I wanted was swimming. I need cold and refreshing water. Kepala dah berat ni. Nak rendam kepala. Hahaha. I wanted to go to KT's swimming pool the day after the election. But I got the idea the swimming pool is definitely closed. So, I found another way to release the tension. COOKING!!!

Cooking is one of the ways I embrace as to reduce my stress. I always berangan nak masak kuih tradisional. because it sounds very cool and gadis Melayu enough. hikhikhik. But yeah, only in my dream. Habuk pun tak reti. So, I cooked Curry Mee. 

Curry Mee in progress. Oil spill everywhere. Got to improve next time. 

The outcome of the cooking tak sempat nak snap. Terus makan.
Boleh check resipi kat My Resipi.com

General Election
Keputusan Pilihanraya dah keluar. Apa yang harus kita lakukan sekarang adalah redha. Susah ke nak redha? Kita terima dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Dah-dah la tu bakar semangat rakyat. Rakyat memenag akan terbako bila diorang disogokkan dengan pelbagai isu-isu penting bagi mereka even tu semua mungkin mustahil nak capai. 

Aku pun kecewa dengan certain pemimpin yang aku sanjung kalah di tempat mereka. Aku sampai menangis sebab tak tahan. Aku kecewa yang teramat-amat. Kesian, sebab tahu niat diorang Insyaallah baik. Kat parlimen aku pun kalah. Memang bukan aku sorang je menangis. Tapi ramai juga mak cik- mak cik menangis. See, penangan politik. Politik penting untuk negara tapi jangan sampai janjikan something yang memang impossible nak capai. Jangan sebab konon nya nak bangkit negara tergadai. Aku yakin, pemimpin kena ada nilai moral yang tinggi. Macam mana nak jadi pemimpin kalau moral dan akhlak teruk. Orang macam tu ke kita nak angkat jadi pemimpin?

Memang tak dinafikan ada orang jujur. Ada orang tak jujur. Dalam setiap parti politik mesti ada yang corrupt. Memang ada. Tapi untuk negeri aku, kerajaan sekarang Insyaallah yang terbaik buat masa ini. Kat negeri lain, mungkin yang lain terbaik mengikut pandangan rakyat negeri tersebut.

Jangan sebab politik akhlak kita hilang. Jangan sebab politik kita tak bertegur sapa. Dah-dah la sakit kan hati orang lain. Setiap orang ada pemikirang politik yang berbeza. Hormati keputusan orang lain. Setiap orang perceive menifesto pemimpin in different manner. So they understand in different manner too. Kau rasa adil ke kau cakap, "kita jangan bergaduh" selepas kau dah sakit kan hari orang lain dengan mengutuk pemimpin yang orang lain sanjung? Don't make hot statement and insult at the first place. Agak-agak kau rasa berdosa tak kau share something kat fb, buat statement berdasarkan apa yang kau tengok kt fb juga? Tu kategori fitnah juga tu. You are not even there, kau tahu ke sahih ke tak? 

"Rakyat berhak membantah keputusan pilihanraya. Failkan petition kepada makhamah. Mahkamah dan SPR akan siasat kes berhubung yang berkaitan"

Tak perlu heboh kat facebook, twitter, and whatnot kalau tak puas hati. Tak selesai pun masalah. Sorry to say, I think tu pemikiran orang minda kelas ke-3. Dah tahu tulis kat fb tak boleh mengubah pape, tulis buat apa. People are judging you. 

General Election is over. Can we just give it a rest?

Saturday, May 4, 2013

PRU 13. Bring it on

Assalamualaikum

Esok pilihanraya yang ke-13. I berdebau tau. Yelah, first time. Sampai termimpi-mimpi tak pergi mengundi. Takutnya tak boleh mengundi. Hahaha. Bila dah pilihanraya ni dah macam raya. Semua balik mengundi. No wonder sampai jam highway. Rumah aku pun jadi jam. Adik-beradik aku balik. Mak cik aku balik. Tok aku pun balik. Well, bila semua dah balik ni harus la masak pun kena banyak. As always, being the only girl who people can rely on is tiring. Like I told before, aku memang akan jadi orang yang akan buat all the things. Penat. Disebabkan family aku perempuan terlalu minor, aku pulak cucu yang dah dewasa, so only me people can rely on. Yang lain kecik,tak boleh harap nak buat kerja. Buat sepah je boleh. Makan lepas tu tinggal je atas meja. I izz angry tahu. Bersepah? I don't likey. 


 Tenggiri sepanjang budak dua tahun ready to cook. Estimate 20 orang makan. Masak asam. Aku masak sorang-sorang. 


Asam pedas is ready. Walaupun presentation sedikit fail disitu, it taste OK. Masak dengan instructions dari tok.


Lepas tu tanak beras pulut nak masak sotong sumbat. Kalau korang datang Terengganu mesti try makanan ni. Aku rasa sotong sumbat ni hanya boleh dapat kat Terengganu dan Kelantan je. Hanya waktu musim sotong. Ini lah masanya. Tapi bukan Ini kali lah. Lols

P/s: Happy voting people. Avoid violence! 

Monday, April 29, 2013

#random post 1



Dalam hidup kita ni memang kita kena redha. Hanya dengan redha hati kita boleh tenang. Hanya dengan redha kita boleh terima hakikat atas apa yang berlaku. Hanya dengan redha kita boleh bersangka baik dengan Allah. Allah tak akan uji kita saje-saje, melaikan untuk meningkatkan lagi darjat keimanan kita.


Sunday, April 28, 2013

Eating Malaysian Style

Assalamualaikum.

Talking about food, I'm not fussy at all.  I eat almost everything and I love to try new food. I like to try rarely found food too. But only TRY. On daily basis, I eat very simple food. Eh, how do I say this? Erm, it's like I eat what Malaysian normally eat like Nasi Lemak and tea. Being a Terengganu-ian, people loveeee to eat Nasi Dagang, Keropok Lekor, Budu etc. But I don't eat all those.  If you ask me to choose between Nasi Lemak and Nasi Dagang, I'll definitely choose Nasi Lemak. Keropok lekor and Karipap, I'll take Karipap. That's what I mean. Nasi Lemak and Karipap could be found all over Malaysia. It doesn't belong to particular state either. Tapi kalau nak makan tu boleh je. Just tak prefer sangat.  

I don't choose where to eat. As long as it is clean, it would be fine. But I cannot eat at Mamak. I do admit  Mamak is a very famous Malaysian eating style. Guys love to lepak at Mamak. I cannot stand the food. The last time I ate at Mamak, I cherry berry tau. Sakit sangat perut. Sampai kena gelak kat kawan-kawan aku. Bukan at first trial je. But every time after I eat at Mamak. So, would avoid to eat at Mamak. Takde kaitan perkauman ke. Belagak ke. Kerek ke. I embrace the culture. That's how Malaysian spend their night life. 

Tapi mungkin sebagai orang pantai timur, I don't eat curry too much. Kat Mamak kan selalunya curry diorang ni sampai 10 jenis. Bila aku minta nasi, dia campur 7 jenis curry. Ada je yang boleh ambik sendiri lauk, tapi yang satu jenis kari tu aku tak tahan, inikan pula yang dah 7 jenis tu. Pertamanya, aku tak boleh makan makanan bercampur. Campur-campur kuah macam tu, memang aku tak boleh makan. Dulu masa aku mula-mula duk Johor, aku ingatkan Nasi Ambeng tu nasi sisa. Jahat sungguh. Sebab nasi campur sayur kelapa goreng, campur pula dengan mee goreng. Bercampur macam tu dalam satu bungkusan. Nasib baik kawan aku ada nak explain kat aku. Keduanya, kari diorang ni kaw giler. Sampai panas dalam dada. Aku jenis orang yang boleh makan pedas, tapi perut tak tahan. Lepas makan kari tu, tak payah cakap la perut aku ni. Memulas sampai rasa macam nak tercabut usus. Makanan kat Mamak ni meriah sangat. Tengok la warna ayam goreng diorang. No wonder aku sampai boleh cherry berry. Sosial tau. 

Mungkin disebabkan faktor pemakanan family aku yang makan biasa-biasa je, aku tak boleh makan makanan yang terlalu bombastik. Kat rumah, kitaorang just makan tomyam, ayam masak merah je cam gitu. Takde la pulak mak aku berusaha sangat nak buat Nasi Dayang or makan budu buatan sendiri ke. Tapi sekali lagi aku tekan kan disini, I embrace the culture. Aku takde masalah dengan eating Mamak style. Aku je la yang bermasalah. Or my whole family la. Abang aku berapa tahun duk Ipoh, Penang dan Alor Star, dia tak pernah makan pun mamak. Dia cakap tak boleh makan. Identiti Malaysia kot tu. Bos aku orang Somalia tu pun cakap dia suka Mamak style. Well attached as Malaysian famous culture. Makan mamak sambil tengok bola lepas main badminton. That's sooooooo Malaysia.



Sebenarnya, aku tak reti makan kat Mamak. Tak pernah makan kat Mamak dengan family. Okey la, sejak berkawan dengan kengkawan dari negeri berlainan ni, terutamaya dari Utara, KL dan Selangor, aku start belajar makan Mamak. Kalau malam, aku selalu order roti canai dengan teh tarik je. Kononnya dah cool habis la tu. Bila datang order kawan aku, pergh sedap nampak makanan dia. Dia order apa ntah. Aku kalau pergi kedai Mamak memang fail la. Memang aku tak reti nak order. Mula la eh, ko order apa? Apesal banyak sangat pilihan kuah ko dapat? Tu roti apa orang panggil?. Jakun much. Siap panggil pekerja kedai tu "Bang". Harus la kawan-kawan utara aku gelak tak boleh nak cover. Mana ada orang panggil orang kerja kat kedai Mamak tu "Bang", "Abang" and so whatever. " Hoi, suka dia ko panggil abang". Dah mana aku nak tahu nak panggil apa. Diaorang cakap panggil mapley. Eh yeke? ke aku yang salah.

Saturday, April 20, 2013

Man vs Woman

Assalamualaikum

Aspek 1 : Ironing

Bagi perempuan atau lebih tepat lagi definisinya girl, tudung adalah satu pakaian yang patut kemas. I mean haruslah match dengan baju yang di pakai, mesti di iron dan digayakan sesuai dengan baju dan majlis. Kalau tudung tak jadi, saya tak jadi pergi mana-mana. Sanggup kena tinggal. Yes, I'm creepy that way. Hahahaha. Kita kena pakai tudung ikut kesesuaian tempat. Yelah, tak kan la setakat nak pergi pasar malam pakai tudung lilit bagai macam nak pergi dinner. Itu over. Nanti kena booo. Orang zaman sekarang ni mana boleh kira. Tapi saya tak boleh pakai lilit-lilit, rasa nak tercekik.  

Tapi kan sebenarnya lelaki tak faham kenapa perempuan terlalu conscious sangat pasal tudung diorang. Iron ke, tak iron ke, bagi diorang sama je. Tahu tak sebenarnya tudung ni ada kaitan dengan confidence? Kalau saya pakai tudung tak kemas, tak jadi ke, tak iron ke, terus tak confidence. Terus tak cakap dengan orang terutamanya dengan lelaki. Kawan-kawan lelaki. Bukan sebab nak cover ayu and sowhatever ( saya elergik dengan kontrol ayu, cover ayu and whatnot. sekian) tapi ianya berkaitan dengan inner confidence you know. wah, explain gitu. Memandangkan saya takde woman figure untuk dirujuk, adik-adik lelaki saya akan menjadi mangsa.

 " Mung rasa la kan, tudung mana paling cantik kalau perempuan pakai?".
 "Semua tudung nampak sama je kalau perempuan pakai".
 " Eh, baju ni sesuai pakai tudung mana *sambil tunjuk tudung-tudung pilihan*" 
" Mana-mana pun boleh".
" Nak tahu satu fact tak, sebenarnya tudung paling cantik perempuan pakai, tudung bawal. Simple. Ayu. Tak serabut belit-belit"'

Penat tau sebenarnya cakap dengan lelaki. Kadang-kadang la untuk certain things. Bagi diorang, semua ni tak penting. Sebab tu lelaki boleh jadi tak faham kenapa perempuan boleh cakap takde baju nak pakai walaupun baju satu almari siap nak roboh lagi tu. Aku memang tak terkecuali menjadi perempuan-perempuan yang akan tenung almari 10 minit sebelum decide baju apa nak pakai. Izzati pun cakap dia macam tu. Most of my girlfriends pon cakap macam tu. Even mak saya pun cakap macam tu. Padahal mak saya orang yang paling banyak baju dalam masa sebulan sebab dia beli terus jahit. At least takde la cakap takde baju nak pakai, just tak tahu nak pakai baju mana. Senang cerita, semua perempuan memamng macam tu. Percayalah! 

Disebabkan oleh itu, aku akan jadi orang yang akan bawa iron bila travel. Once, masa kitaorang travel dulu, dalam bilik kitaorang takde plug, terus pergi bilik Adrian cakap nak tumpang plug nak iron tudung. Adrian tak paham kena perlu iron tudung. Kalau sekarang, kalau travel pergi shoot saya mesti tanya Izzati ada bawa iron tak, dia mesti reply "dah siap pack dalam bag". Izzati, I love You ketat-ketat. We both know what it means by confidence.  

 Adrian. Among the closest Chinese friends I have

"Farry, kenapa perlu iron tudung?"
"Mesti lah. Nanti berkedut. Tak best."
"Aku rasa sama je iron tak iron"
"Oh My God Adrian, lain la. Tudung kena iron baru la cantik" 
(ayat gurau je. poyo gila kalau mengaku cantik)

Aspek 2: Admiring

Remember last time I told you that I want to watch Side Effects sebab Channing Tatum berlakon! So, masa pergi JB untuk shoot dekat Pulai hari tu, sempat jumpa le` juniors. Sempat lawan badminton yang katanya tak terlunas sejak games last November. Lepas main, saya dengan Izzati cakap la dekat juniors dan siap ajak diorang tengok Channing Tatum. Harus la bebudak ni buat muka menyampah, tak nak pergi. Sebab kitaorang cakap nak tengok Channing Tatum, tak cakap pun movie apa nak tengok. Aku dengan Izzati saje je buat excited nak tengok movie tu sebab ada Channing Tatum. Bebudak ni dah jadi menyampah tahap 150 juta kali. Diaorang sempat tanya, " Kak, handsome sangat ke Channing Tatum tu, sampai akak dua orang ni nak sangat tengok dia ni". Sayyid dengan Suhaimi pun akan buat muka tak puas hati bila saya dengan Izzati cakap pasal Channing Tatum ke, Sonny Bill ke. Lagi parah diorang buat muka menyampah & malas nak layan bila saya cakap pasal Fahrin Ahmad. " Kak, akak tahu tak Fahrin Ahmad tu jenis lelaki panas baran?". Ayat tak puas hati. Tapi kalau aku cakap pasal Rosyam Noor, diaorang ok je. Fyi, saya minat Rosyam Noor, tapi minat biasa je eh. Suka tengok dia berlakon je. Kalau nak pergi ambik autograph atau gambar dengan dia memang kirim salam la. I won't do it ever in my life. Even dengan artis lain ppun. autograph? Ntah la. aku rasa macam takde motif nak ambil autograph. Aku tak mendapat kenapa orang ambil autograph.

Takde la cakap Channing Tatum tu handsome gila pun. Just cakap handsome je. Macam Sonny Bill sket muka dia. Hikhikhik. " Yelah  kan kak, taf taf gitu kan. Mesti perempuan suka". Kan kau, kesitu pulak. Tahu tak apa yang perempuan tengok pada lelaki, perempuan akan tengok PERSONALITY. Takde makna nya nak tengok tough ke tak. Seksi ke tak. Lelaki seksi ke? hahaha.  Because for me, personality would make you a person. Personality akan membuatkan anda nampak handsome. oh, maybe just for me sebab aku selalunya tak berminat dengan lelaki handsome mahupun cute. Yang cute lagi la macam, err okey bye. Yang penting baik. Sebab tu kalau tengok cerita, aku mesti minat hero no 2. Tapi hati-hati guys, ada juga perempuan kaki cukur, demanding dan apa-apalah. Kalau dapat macam tu memang kesian lah awak yerr. 

Le` junior a.k.a geng photography kitaorang. Dia ni expert landscape. Boleh tengok hasil kerja dia kat QallamAhmad. Photography art dia superb gila okey. Saya banyak juga belajar dengan dia. Tapi since saya dengan Izzati more to portraiture, we sometimes speak different language. bahahaha. Nota tambahan: Qallam hanya junior kami, not more than that. Yes, perlu di state kan disini, nanti kan tak pasal aku pulak yang dapat karangan ancaman dari diehard fan ko Qallam. heh. oh, dia dah berpunya katanyaaa.

Bila ajak diorang ni tengok Side Effects, si Qalam ni siap cakap lagi. " Saya takyah pergi tengok Channing Tatum pun kak, tengok cermin dalam bilik sendiri je". Confident je kau. Bila pergi cinema, Side Effects  takde. Tak tahu lah belum keluar or dah habis waktu tayangan. Tak update sangat sekarang. Macam aku cakap, we are aging. Takde masa nak update benda yang less important. Bukan dengan diorang je, dengan  male coursemates kitaorang pun akan menyampah bila kitraorang sebut-sebut pelakon lelaki yang handsome. Bukan cinta pun. Bukan suka tahap nak mati pun. Just sebagai manusia kita akan tertarik pada keindahan.  

To be honest, tentang admire artist yang kononnya handsome ni boleh buat lelaki menyampah tahap nak pergi bunuh lelaki yang perempuan-perempuan minat tu just nothing. Ada apa lah yang sampai semua perempuan gila sangat kat dia kan. Sampaikan aku pernah ada baca satu blog yang ditulis oleh sorang lelaki yang cakap dia tak paham kenapa perempuan-perempuan ni gila sangat dekat lelaki-lelaki Korea. Sampai dia minta perempuan explain kenapa. hahaha. Haaaa, suami siapa tu? Kesian dia tau. Sebenarnya, kita-kita perempuan ni minat saje-saje je. Bagi aku, aku tak minat pun. Just tengok personality diorng ni macam bagus, baik. Macam Sonny Bill tu, despite being a rugby player, dia soft-hearted, layan peminat dengan baik, baik dengan budak-budak dan cakap slow kot. Muslim tu lagi plus point untuk dia. Tehee.

All in all, memang perempuan dengan lelaki berbeza. Lelaki suka sesuatu yang simple. Perempuan tak boleh fikir in simplest way. Lelaki kena paham yang perempuan minat tu  saje je. Bukan terfikir nak kahwin pun. Bagi aku, aku just tengok and then dah. Lepas tu memang tutup buku. Kalau orang nampak aku excited, aku saje je bergurau dengan kawan-kawan.