Monday, January 28, 2013

Salam Maulidurrasul

assalamualaikum,

beberapa hari lepas, kita telah menyambut Maulidur rasul bagi tahun 1434 Hijrah, 12 Rabiulawal bersamaan 24 Januari 2013 untuk tahun masihi. ada pelbagai sambutan diadakan. perarakan dengan banner. ceramah. selawat dan sebagainya. semua nya bagus. kesemuaan bertambah bagus kalau kita menghayati dengan hati dan faham dengan iman yang sebenar.

saya ada dengar ceramah dekat masjid kampung saya. rasa macam pelik juga sebab dia ceramah bukan dalam slang orang Terengganu. bunyi cam pelik sikit. last-last dapat tahu dia tu Indonesian. kira macam tabligh datang berdakwah kat Malaysia. apa yang disampaikan tu cukup mendalam. lepas dia siap ceramah, dia baca doa. panjang doa nya. tapi boleh kyusuk dengan doa dia sampai tak sedar air mata laju je jatuh. sedih sebab diri ini tak boleh nak berdoa macam dia. doa dia tu menyeluruh, ibaratnya mendoakan setiap orang dalam dunia ni one by one. doa kita selalunya, ampun kan saudara umat Islam ku macam tu je kan, tapi dia punya doa sangat explicit untuk setiap orang. normal untuk orang tabligh datang ke kampung-kampung dan mendoa kan orang kampung tersebut. tu la apa yang dia buat. dia doakan anak-anak orang kampung, doakan setiap orang terhindar dari api neraka. ya Allah. 

antara doa dia,
 - jadikan anak-anak kami orang yang soleh
 - jadiakan anak-anak kami orang yang beriman kepada kitab al-Quran
 - sejahtera kan negara kami, rahmati pemimpin kami
 - kekal kan silaturrahim kami

doa dia memang melekat dalam hati. jom kita berdoa macam tu. sebab bilamana kita mendoakan untuk orang lain, malaikat akan mendoakan kesejahteraan untuk kita. 

hari ni, aku ikut mak pergi ke sambutan Maulidur rasul yang lain. women only. ustazah nya muda. tapi dia banyak tanya soalan-soalan yang membuatkan kita rasa kita patut berubah. dia tanya soalan very basic pasal Nabi Muhamad. majlis ni dihadiri oleh ramai mok cik-mok cik yang suka buat lawak. aku pun rasa nak tergelak. jawab solan ustazah pun mengarut je, ikut yang dia tahu je. hehehe. tapi kan, punya la ramai diantara kita termasuk saya sendiri tak ingat kesemua kehidupan Rasulallah. sirah para rasul kita patut tahu. patut baca especially Nabi Muhammad. Ustazah tu cakap, macam mana nabi nak mengaku kita umat, kita pun tak ambil tahu pasal dia, tak tahu sirah dia, dan tak berselawat pada dia. T__T

kita patut baca dan ambil tahu sirah para nabi dan rasul. dengan tu kita boleh lahirkan kecintaan kita pada Rasulallah. anak-anak perlu diajar untuk mengenali dan mencintai Rasulallah. mengamalkan sunnah nya. ustazah tu ada mentioned a few. aku yakin semua tahu. senyum. meyebarkan salam. menjaga silaturahim. jilat jari selepas makan. menyayangi budak kecil. senang kan. tapi sekarang, bila kita bagi salam orang macam pelik kan? padahal tu basic being a Muslim tu. kalau senyum pun orang salah faham. pak cik, saya bukan nak ngorat pak cik pun, saya just bermanis muka pak cik.  

mari berusaha, di samping tu perlu di ingat kan

3 Perkara syaitan gelak pada kita ...
- Seseorang rasa dia taat tapi masih cinta dunia
- Seseorang kata dia redho dengan Tuhan tapi masih ikut hawa nafsu
- Sesiapa yang mengaku ikhlas tapi pada masa yang sama nak kan pujian

 apa yang saya tulis, tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mengingatkan diri sendiri yang terlupa. bukan nak ajar orang lebih-lebih. siapa rasa ianya bermanfaat, ambil pengajaran.

2 comments:

zEri sAfEerA said...

ouh,,, ni pon masaloh aku. x brape reti nk bdoa. mksud aku nk bdoa scara menyeluruh gtu. kdg2 ade dlm ati, tp bile kluo, bunyi mcm ayt yg x tratur. sokmo kagum dengo org bc doa yg bunyi teratur n menyeluruh. *kna blajo nih*

Salam maulidur rasul :)

Fareha Noor said...

niat pun takpe dh. asalkn ada. aku pernah dgr, doa x perlu berbunga2 sgt. ringkas pn takpe sbb Allah paham sampai dalam lubuk hati kita.