alhamdullilah. alhamdulillah
bersyukur dengan rahmat dan kasih sayang Allah, sekali lagi dapat menyambut Ramadhan kali yang ke-23 dalam hidup ini. penuh tak penuh, lain cerita. heeee. yang penting penghayatan Ramadhan dan melihat Ramadhan dari kaca mata Islam dan tarbiyah itu lebih penting.
alhamdullilah, sekali lagi dapat berpuasa ditanah air, selepas berpuasa di perantauan tahun-tahun sudah. bersyukur kerana di Malaysia biah nya lain. kalau dulu, puasa dengan puasa rasa takde beza. yelah, pergi kelas semua orang makan disekeliling kita. pergi mana-mana aa orang makan. nak puasa ke, tak puasa ke, takde orang nak kisah. semua bergantung kepada iman masing-masing. tapi sekarang, berpuasa dia Malaysia suasananya lain. kalau tak puasa sure orang pandang slack. it's a good thing la sebab orang tegur indirectly. at least orang tak nak puasa pn segan. lagi satu, yang membuatkan puasa rasa macam takde makna sebab kelas still on as usual. test as usual. pernah berbuka minum air je sebab ada masa lebih kurang 5-10 minit je selepas habis kelas dan lepas tu kena sambung ada test sejurus selepas itu. dengan nak solat Magrib lagi. memang tak sempat makan la jawabnya. tapi tu la pengalaman yang yang mengajar kita untuk sentiasa bersyukur biah Islam ( tak sure boleh ke tak cakap biah solehah) di Malaysia.
sekarang rasa sangat bersyukur sebab dapat terawikh dekat masjid-masjid di Malaysia. masa dekat NZ, terawikh dekat rumah senior-senior je. semua perempuan. selawat dan tasbih masa solat terawikh tak cukup meresap dalam jiwa. nadanya lain. kadang-kadang pergi masjid dekat Mount st. yang dikelolakan oleh pak Arab. dia punya bacaan, panjang. kalau Qunut memang pangjang. ada orang sampai menangis-nangis. rasa kurang beruntung sebab tak faham bahasa Arab kerana tak dapat menghayati doa tu. apa la yang di doakan sampai ada yang menagis, haru sangat. untuk tazkirah, memang dalam bahasa Arab. untuk orang yang macam saya memang terlopong la. sedih. tapi kadang kala ada la student Arab yang kind enough to translate it into English. at least faham la juga. sebab tu selalu ambil keputusan solat rumah akak-akak mana yang ada buat solat terawikh kat rumah. solat dekat masjid Malaysia rasa sangat homey. jiwa sentiasa bergetar terutamanya bila solat tu di imam kan al-hafiz. gitu. tapi yang paling utama, solat dimasjid yang betul-betul masjid, bukan random bilik yang dijadikan surau/masjid seperti di NZ. masjid besar dan selesa membuat kan diri rasa terlalu kerdil dan sangat teruk rasanya bila tak beryukur.
plus point berpuasa di overseas, kita tak disibuk kan dengan urusan dunia. at all. yelah, mana ada nak fikir nak pergi bazar Ramadhan yang mana. memang takde pn. so, tiada pembaziran, nafsu dapat dikawal dan sangat tawaduk. berbuka je dengan apa yang ada. balik kelas dah lewat, kadang-kadang tak sempat masak pun. makan je apa yang ada. sedih, tapi ia mengajar saya dan kawan-kawan untuk kuat dan berdikari. kadang-kadang hidup bergantung dengan kakak senior yang sangat supportive. they are our families.
after all, saya sangat bersyukur dapat merasai Ramadhan di tanah air lagi. cukup la menahan air mata dan kesesakan nafas merindui Malaysia. bersyukur dekat dengan orang-orang yang tersayang, dan insyaallah dalam biah Solehah.
terima kasih sudi baca!
3 comments:
Salam Ramadhan :)
thanks. salam Ramadhan to you too
thanks baby!
Post a Comment