memupuk ikhlas starts from a small little thing called attitude.......
sesungguhnya jujur dan ikhlas itu mudah untuk dilafazkan. tetapi, hakikatnya, jujur dan ikhlas lah yang paling sukar untuk dinilai dan dihalusi kerana hanya Allah jualah yang maha mengetahui apa yang tersirat dalam hati manusia.
ikhlas bila mana menggunakan sesuatu untuk kepentingan sendiri. ada seorang sister tu cakap kat saya, cikgu akan dapat marker. gunakan lah marker itu dengan sebaiknya. kalau kita dengar, memang tak dinafikan isu nya kecil, malah sangat kecil. marker je pun kan. gitu. cara kita dan orang cakap memang macam tu. tapi cuba kita perhalusi disebalik nya. marker itu ada lah untuk kegunaan mengajar. tapi kalau kita menggunakan kan nya untuk kepentingan beribadi, sebenarnya kita telah berlaku tidak jujur disitu. as simple as that.
pada zaman pemerintahan Umar Abdul Aziz, beliau amat menitik beratkan harta rakyat. beliau akan menggunakan lilin untuk membuat kerja untuk kepentingan rakyat dan akan menghembus lilin tersebut sejurus dia melunaskan kerja untuk rakyat. betapa beliau sangat menjaga benda-benda yang kecil kerana ia berkaitan dengan KEJUJURAN. kejujuran ini sangat penting bilamana kita menjadi orang yang berkuasa. tapi ianya akan hihisap oleh Allah kerana ia melibatkan hak orang lain.
kindly reminder to myself and all of you. Ihya Ramadhan all~

2 comments:
selamat menunaikan ibadah puasa! happy ramadhan!
thanks. you too
Post a Comment