Thursday, September 8, 2011

latest update

assalamualaikum.
walaupun dikala ini muka rasa membahang rasa macam nak terbakar sebab dari lepas magrib sampai lepas isyak duk goreng kacang, non-stop okey, untuk buat kuah kacang untuk rumah terbuka kitaorng hari sabtu ni, tak larat tapi ku gagah kan juga untuk tulis blog malam ni sebab terlalu banyak sangat nak cerita. actually cakap nak tulis tiap-tiap hari waktu practicum, tapi tak berkesampaian sebab banyak komitment ditambah pula tak sihat. batuk dan selesema yang teruk sebab berjangkit dari students. okeh, sebenarnya last week yang pasal saya nak cerita bagai nak rak sangat tu pasal Tasya kahwih. apa yang membuatkan saya rasa excited terlebih tu sebab dia classmate kitaorang dan dia kahwin pulak kt Auckland. masa dapat tahu dia nak kahwin tu, seminggu excited tau. ni baru orang lain kahwin, kalau diri sendiri kahwin, mahu seminggu pengsan sebab excited sangat. serious tak tipu. (kan, berangan la pulak kan kau. calon pon takde). Tasya dan Mus'ab diijabkabulkan pada hari sabtu 3 September 2011 dalam majlis yang sederhana dan mengikut syarak. Tasya dan Mus'ab ni memang sepadan. akhlak kedua-duanya pun seindah nama tuan empunya badan. kalau budak Auckland cakap Tasya bertuah dapat Mus'ad, budak Dunedin cakap Mus'ab bertuah dapat Taysa. tapi yang pasti, they are meant to each other. diorng sweet sangat tau. Mus'ab ialah pengerusi Ikatan Muslimin New Zealand. ramai kenalan.so, ramai la jemputan yang datang all over New Zealand dan Australia. some even came all the way from Malaysia. apepun, saya tumpang gembira sebab terbinanya satu lagi masjid dalam Islam. turn anda bila lagi?




kitaorang tak smpat nak bergambar dengan pengantin sebab ramai yang ambik gambar. pulak tu saya tolong isi makan untuk orang. tapi ok je, nanti boleh jumpa lagi tasya since dia classmate kita orang but.., not sure if she's still in my class this semester.




betulkan pin. sweet sangat ok. rasa macam nak kahwin tang tu juga. okaaayyy, i'm just kidddinnnngggg!!! kalau mak saya baca mesti cakap amboi gatai nor engka.

oh, one more thing, as we all know tommorow Rugby world Cup officially starts. Auckland sekarang ni macam crazayy . orang punya la ramai tak terhitung. esok sampai semua sekolah inner city balik kul 1 sebab takut parents stuck dlm jam kerana opening ceremony start kol 4. of course i'm going. actually nak upload video yang welcoming all teams tu tapi cm tak leh nk transfer pulak. but i would appreaciate if you hyave a look at this video because this is real. it was at Queen st, where i live. it was taken last 4 days if i not mistaken. tengok sampai habis tau.



Haka sangat famous kt New Zealand. orang Maori sangat membanggakan Haka ni, sebelum start game rugby mesti diorng buat Haka ni dulu. takut kot tengok muka diaorng. tu cara dia welcome orang. dulu masa mula-mula datang kt NZ pernah diorng perform haka. mengigil sebab takut beb tengok expression muka diorng. silap-silap boleh terkencing. bukan nak tipu, tapi memang cerita benar ni. sangat takut ok. sebab tu orang Maori bangga sangat dengan Haka ni. menakutkan musuh.



p/s: saya rasa penulisan saya sangat huru-hara dan takde sequence. nk cepat siap sbenarnya. update later. probably abour rugby opening ceremony.

12 comments:

Prince Halilintar said...

wah..rajinnya fareha masak kacang...prince nak dtg raya boley??haha

err..xde calon lagi ek..pilih je salah sorg org Maori tu..hehe

ok je cara penulisan tu...blh paham.

zEri sAfEerA said...

fareha... owh ni ke kwn mu hok kawen hok mu excited sgt 2. hehehe :D
sdap er kawen. hahahahaha

Fareha Noor said...

prince: nak dtg? sangat2 dialu-alukan. kata rumah terbuka. and a'ah mmg nk pun maori tu sbb diorng gagah..heeeee
pirah: best ke kahwin?

Fareha Noor said...
This comment has been removed by the author.
Shahrul Arel said...

Baraka allahu lakuma for ur friends.

rasa comel je kalau tengok mereka ni buat Haka. tak mengigil pun. haha. -_-

aen said...

akak punya turn bila lg nak kawen? hehe.

Fareha Noor said...

shahrul arel, anda harus berdiri didepan mata sendiri baru tahu kecut perut. bila dia mara setapak demi setapak dgn muka bengis tu, just nk tgk je u cabut lari ke tak.
aen: turn akak? errr, x tahu la tu sbb calon pun takde.

Shahrul Arel said...

hahaha! baru tgk kat utube. comel bangat. maybe lari or maybe buat2 cool walaupun takut. eh, apa maksud HAKA? tarian traditional mereka?

Fareha Noor said...

tgk kt utube lain dgn hadap muka depan2.

koala lady said...

kak fare ni.... buat org rsa nk kawin skrg jugak. haha

Shahrul Arel said...

haha. habis tu tak mampu nak ke NZ untuk tengok dengan mata sendiri. sponsor la. ;p

Ninie said...

OOOOHHH ya!!! Haka!!! "Gambatte Gambatte oh la..." That's Haka kat UiTM Melaka dulu during my TESL time.
Skang Shah Alam, x de dah Haka ni. Diorang follow Haka New Zealand ni la..haha. Wah...best x tgk Haka betul2 ni???