Thursday, September 9, 2010

selamat hari raya



Assalamualaikum..
esok New Zealand raya. sama macam Malaysia. tak sangka raya esok.serious terkejut sangat sebab tak jangka. kami bersedia untuk raya hari Sabtu. bila esok raya rasa nak pengsan dan tak percaya. apa yang membuatkan rasa kurang nak percaya ialah sistem tengok anak bukan kat sini bukan macam Malaysia. Malaysia sistematik, apa pengurusan yang cekap. siap ada lintas langsung untuk umumkan raya. kat sini, semua tu takde.nak tentukan puasa pn susah. tadi pun nak tahu raya esok tunggu islamic federation buat pengumuman kt website. tu pun diorng suruh kita semua tengok sekali dan sapa ad ternampak anak bulan suruh call FIANZ..agak bercelaru la disitu. so, memandangkan esok raya, semua orng busy. budak laki cohort aku siapkan sate. kat sini mane nak ada takbir raya di malam raya. tiada suasana raya. tiada bising2 adik-adik aku nak suruh iron baju. segalanya tak ada. yang ada, hanya kawan-kawan. lepas tu tdi, agak terharu la, bebudak laki cohort aku takbir raya sambil cucuk sate. memang agak nak meleleh lah air mata. betul la kata mak cik aku. ari tu aku ade cakap kt dia aku tak rasa apa-apa masa dengar lagu raya. tak sedih, tak gembira. takde perasaan langsung. tapi dia cakap cuba dengar takbir raya pagi raya.memang meleleh la air mata..and i almost do just now.
dan tadi aku main pingpong. tak pernah-pernah malam raya main pingpong. sebab sambutan nak raya tu tak terasa langsung. sebab suasana raya tu memang takde..sedih, tapi apa kan daya, ni lah nasib hidup di perantauan..
siapa sahaja yang baca post ni, saya ucapkan selamat hari raya...maaf zahir dan batin..pohon dimaafi segala kesilapan saya manusia yang lemah ini.
kepada mak, ayah, abg e dan semua adik-adik...angah ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. ini lah pengorbanan yang patut kita bayar untuk sebuah kejayaan...insyaallah Allah tahu apa yang terbaik untuk kita semua. salam lebaran untuk semua.


3 comments:

NIA said...

selamat hari raya fareha:)maaf zahir batin:)

Fareha Noor said...

yep..Eid mubarak tu you too

Anonymous said...

selamat hari raya...aku suke penyanyi laki laguni,ngee~~