Saturday, April 20, 2013

Man vs Woman

Assalamualaikum

Aspek 1 : Ironing

Bagi perempuan atau lebih tepat lagi definisinya girl, tudung adalah satu pakaian yang patut kemas. I mean haruslah match dengan baju yang di pakai, mesti di iron dan digayakan sesuai dengan baju dan majlis. Kalau tudung tak jadi, saya tak jadi pergi mana-mana. Sanggup kena tinggal. Yes, I'm creepy that way. Hahahaha. Kita kena pakai tudung ikut kesesuaian tempat. Yelah, tak kan la setakat nak pergi pasar malam pakai tudung lilit bagai macam nak pergi dinner. Itu over. Nanti kena booo. Orang zaman sekarang ni mana boleh kira. Tapi saya tak boleh pakai lilit-lilit, rasa nak tercekik.  

Tapi kan sebenarnya lelaki tak faham kenapa perempuan terlalu conscious sangat pasal tudung diorang. Iron ke, tak iron ke, bagi diorang sama je. Tahu tak sebenarnya tudung ni ada kaitan dengan confidence? Kalau saya pakai tudung tak kemas, tak jadi ke, tak iron ke, terus tak confidence. Terus tak cakap dengan orang terutamanya dengan lelaki. Kawan-kawan lelaki. Bukan sebab nak cover ayu and sowhatever ( saya elergik dengan kontrol ayu, cover ayu and whatnot. sekian) tapi ianya berkaitan dengan inner confidence you know. wah, explain gitu. Memandangkan saya takde woman figure untuk dirujuk, adik-adik lelaki saya akan menjadi mangsa.

 " Mung rasa la kan, tudung mana paling cantik kalau perempuan pakai?".
 "Semua tudung nampak sama je kalau perempuan pakai".
 " Eh, baju ni sesuai pakai tudung mana *sambil tunjuk tudung-tudung pilihan*" 
" Mana-mana pun boleh".
" Nak tahu satu fact tak, sebenarnya tudung paling cantik perempuan pakai, tudung bawal. Simple. Ayu. Tak serabut belit-belit"'

Penat tau sebenarnya cakap dengan lelaki. Kadang-kadang la untuk certain things. Bagi diorang, semua ni tak penting. Sebab tu lelaki boleh jadi tak faham kenapa perempuan boleh cakap takde baju nak pakai walaupun baju satu almari siap nak roboh lagi tu. Aku memang tak terkecuali menjadi perempuan-perempuan yang akan tenung almari 10 minit sebelum decide baju apa nak pakai. Izzati pun cakap dia macam tu. Most of my girlfriends pon cakap macam tu. Even mak saya pun cakap macam tu. Padahal mak saya orang yang paling banyak baju dalam masa sebulan sebab dia beli terus jahit. At least takde la cakap takde baju nak pakai, just tak tahu nak pakai baju mana. Senang cerita, semua perempuan memamng macam tu. Percayalah! 

Disebabkan oleh itu, aku akan jadi orang yang akan bawa iron bila travel. Once, masa kitaorang travel dulu, dalam bilik kitaorang takde plug, terus pergi bilik Adrian cakap nak tumpang plug nak iron tudung. Adrian tak paham kena perlu iron tudung. Kalau sekarang, kalau travel pergi shoot saya mesti tanya Izzati ada bawa iron tak, dia mesti reply "dah siap pack dalam bag". Izzati, I love You ketat-ketat. We both know what it means by confidence.  

 Adrian. Among the closest Chinese friends I have

"Farry, kenapa perlu iron tudung?"
"Mesti lah. Nanti berkedut. Tak best."
"Aku rasa sama je iron tak iron"
"Oh My God Adrian, lain la. Tudung kena iron baru la cantik" 
(ayat gurau je. poyo gila kalau mengaku cantik)

Aspek 2: Admiring

Remember last time I told you that I want to watch Side Effects sebab Channing Tatum berlakon! So, masa pergi JB untuk shoot dekat Pulai hari tu, sempat jumpa le` juniors. Sempat lawan badminton yang katanya tak terlunas sejak games last November. Lepas main, saya dengan Izzati cakap la dekat juniors dan siap ajak diorang tengok Channing Tatum. Harus la bebudak ni buat muka menyampah, tak nak pergi. Sebab kitaorang cakap nak tengok Channing Tatum, tak cakap pun movie apa nak tengok. Aku dengan Izzati saje je buat excited nak tengok movie tu sebab ada Channing Tatum. Bebudak ni dah jadi menyampah tahap 150 juta kali. Diaorang sempat tanya, " Kak, handsome sangat ke Channing Tatum tu, sampai akak dua orang ni nak sangat tengok dia ni". Sayyid dengan Suhaimi pun akan buat muka tak puas hati bila saya dengan Izzati cakap pasal Channing Tatum ke, Sonny Bill ke. Lagi parah diorang buat muka menyampah & malas nak layan bila saya cakap pasal Fahrin Ahmad. " Kak, akak tahu tak Fahrin Ahmad tu jenis lelaki panas baran?". Ayat tak puas hati. Tapi kalau aku cakap pasal Rosyam Noor, diaorang ok je. Fyi, saya minat Rosyam Noor, tapi minat biasa je eh. Suka tengok dia berlakon je. Kalau nak pergi ambik autograph atau gambar dengan dia memang kirim salam la. I won't do it ever in my life. Even dengan artis lain ppun. autograph? Ntah la. aku rasa macam takde motif nak ambil autograph. Aku tak mendapat kenapa orang ambil autograph.

Takde la cakap Channing Tatum tu handsome gila pun. Just cakap handsome je. Macam Sonny Bill sket muka dia. Hikhikhik. " Yelah  kan kak, taf taf gitu kan. Mesti perempuan suka". Kan kau, kesitu pulak. Tahu tak apa yang perempuan tengok pada lelaki, perempuan akan tengok PERSONALITY. Takde makna nya nak tengok tough ke tak. Seksi ke tak. Lelaki seksi ke? hahaha.  Because for me, personality would make you a person. Personality akan membuatkan anda nampak handsome. oh, maybe just for me sebab aku selalunya tak berminat dengan lelaki handsome mahupun cute. Yang cute lagi la macam, err okey bye. Yang penting baik. Sebab tu kalau tengok cerita, aku mesti minat hero no 2. Tapi hati-hati guys, ada juga perempuan kaki cukur, demanding dan apa-apalah. Kalau dapat macam tu memang kesian lah awak yerr. 

Le` junior a.k.a geng photography kitaorang. Dia ni expert landscape. Boleh tengok hasil kerja dia kat QallamAhmad. Photography art dia superb gila okey. Saya banyak juga belajar dengan dia. Tapi since saya dengan Izzati more to portraiture, we sometimes speak different language. bahahaha. Nota tambahan: Qallam hanya junior kami, not more than that. Yes, perlu di state kan disini, nanti kan tak pasal aku pulak yang dapat karangan ancaman dari diehard fan ko Qallam. heh. oh, dia dah berpunya katanyaaa.

Bila ajak diorang ni tengok Side Effects, si Qalam ni siap cakap lagi. " Saya takyah pergi tengok Channing Tatum pun kak, tengok cermin dalam bilik sendiri je". Confident je kau. Bila pergi cinema, Side Effects  takde. Tak tahu lah belum keluar or dah habis waktu tayangan. Tak update sangat sekarang. Macam aku cakap, we are aging. Takde masa nak update benda yang less important. Bukan dengan diorang je, dengan  male coursemates kitaorang pun akan menyampah bila kitraorang sebut-sebut pelakon lelaki yang handsome. Bukan cinta pun. Bukan suka tahap nak mati pun. Just sebagai manusia kita akan tertarik pada keindahan.  

To be honest, tentang admire artist yang kononnya handsome ni boleh buat lelaki menyampah tahap nak pergi bunuh lelaki yang perempuan-perempuan minat tu just nothing. Ada apa lah yang sampai semua perempuan gila sangat kat dia kan. Sampaikan aku pernah ada baca satu blog yang ditulis oleh sorang lelaki yang cakap dia tak paham kenapa perempuan-perempuan ni gila sangat dekat lelaki-lelaki Korea. Sampai dia minta perempuan explain kenapa. hahaha. Haaaa, suami siapa tu? Kesian dia tau. Sebenarnya, kita-kita perempuan ni minat saje-saje je. Bagi aku, aku tak minat pun. Just tengok personality diorng ni macam bagus, baik. Macam Sonny Bill tu, despite being a rugby player, dia soft-hearted, layan peminat dengan baik, baik dengan budak-budak dan cakap slow kot. Muslim tu lagi plus point untuk dia. Tehee.

All in all, memang perempuan dengan lelaki berbeza. Lelaki suka sesuatu yang simple. Perempuan tak boleh fikir in simplest way. Lelaki kena paham yang perempuan minat tu  saje je. Bukan terfikir nak kahwin pun. Bagi aku, aku just tengok and then dah. Lepas tu memang tutup buku. Kalau orang nampak aku excited, aku saje je bergurau dengan kawan-kawan. 

Thursday, April 11, 2013

Day 03- pictures of somewhere you’ve been to

Okeyyyy, I've started this challenge like long time ago but i just manage to write only until day 3. So,here it comes again. Pictures of somewhere I've been to, Sydney, Australia.  Hop on and enjoy the ride! 

Sydney is a place where you should go before you die. No kidding, it's just so great. So breathtaking. The people are ridiculously amazing.  I google up for things and places to do and go before you die and I found that Sydney is on the list in every bucket list. It's number 17 in my list. 

The great iconic of  Sydney, New South Wales is of course Sydney Opera House.





Sydney Harbour Bridge. Sydney also known with it's bridge. I was like, Omjayy this is so America. 


LOST. A normal thing when we are travelling. Just tersalah masuk jalan or lorong. We never had major problem with this issue. 

Sydney is a big city compared to Brisbane and Gold Coast. It's even chiller than both cities. I would say Sydney is great sigh seeing and it's good place to relax your mind. Unlike Gold Coast, we spent our days walking around the city. We went to Sydney Aquarium, Mini zoo ( i guess) and Butterflies park. Sydney is also great for shopaholic. Halal food is easy to get i guess because there are a quite  number of Malaysian student in Sydney including Anuar Hadi. You must have known him right? oh, come on! it just that we don't know anyone in Sydney, i have to option vegetarian. But being vegetarian tak kenyang okey. Lai lai lai~

Solat in plane. Menunaikan yang fardhu itu wajib.

Baju Kurung

Assalamualaikum.

ERT stands for Ekonomi Rumah Tangga. Wah, revise acronym pulak tau. Kalau korang tengok Oh My ENglish episode 1, Season 2 mesti aware yang Mr. Middleton introduced acronym. But, ERT is not used in English because we can't just make up any words to become an acronym.  Fyi, saya dulu Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) dari tingkatan satu sampai tingkatan 3 ambil Ekonomi Rumah Tangga (ERT). Paksa rela or in other words, i was not given a choice. Kelas 1st, 2nd and 3rd kena ambil ERT, kelas seterusnya kena ambik Kemahiran dan seterusnya ambik Sains Pertanian. So, terpaksa ambik ERT. Korang rasa, kalau saya boleh pilih, nak ke saya ambik ERT, erkk, memang tak la. I prefer kemahiran.

ERT basically belajar menjahit, memasak, asas elektrik dan asas perniagaan. Aspek lain diambil kira juga, tapi banyak kepada memasak dan menjahit la. Yang paling tak best sekali, tahu tak masa amali memasak saya dengan partner saya dapat markah paling rendah. Omg sangat. Kesudahannya, kitaorang kena buang semua sampah dari amali memasak dalam plastik bag, dan pergi humban kat kawasan belakang sekolah. Dah la tempat tu takde orang. Dekat dengan gelanggang voley, hanya budak ponteng je kalau ada pun kat situ sebab sunyi. Loser sungguh rasa. Ha, tu la. Sape suruh tentu kan pilihan. Setiap individu mempunyai minat dan kecenderungan yang berbeza. Wow! hahaha. Salah satu sebab markah rendah adalah sebab kitaorang masak bihun sup. Mungkin bihun terlalu ambitious untuk budak form 3 yang umur 15 tahun, like seriously bihun sup bukan senang ye untuk dimasak oleh budak-budak yang barely have good sense in cooking. Lepas tu mungkin cara penyediaan yang over the top jadi tak menang no 1. Mungkin banyak sangat bawang goreng, banyak sangat daun sup. Even kalau kita suka benda alah tu banyak, tapi dalam presentation, tak elok. Pengajaran, be moderate. 

Mak saya ajar buat baju kurung sebab mak cakap penting orang perempuan pandai menjahit. Memandangkan saya banyak sangat masa free, jadi saya pun rasa kepentingan untuk belajar menjahit. Tetapi malangnya, jahitan harus la bengkang bengkok. Amatur katanya. Terkemut kat sini sana. Nak masuk kan benang bawah yang dalam mesin pun tak tahu. Mak tanya tak belajar ke kat sekolah. Dulu kat sekolah memang belajar menjahit. Belajar masukkan benang. Masalahnya, kat sekolah like past 10 years, kitaorang kat sekolah guna mesin jahit manual yang pedal dengan kaki keatas dan kebawah tu. Dan kitaorang belajar just very basic punya menjahit. Jahit baju tidur yang nenek-nenek kita pakai tu. Yang bunga kecil-kecil tu. Tapi sebab budak 15 tahun kan, ambik masa 3 minggu nak siap. Memotong dah satu hal, nak jahit dah satu hal, nak jahit tepi pulak satu hal. 

Tapi kini tidak lagi! sehari boleh siap sepasang dengan tunjuk ajar mak walaupun ada part yang mak jahit. Mak serabut kepala tengok saya terkial-kial. 

Tada, baju jahitan sendiri. Erk, separa sendiri. 

Gambar 1: Saya memang berada di kedai, tapi saya bukan tauke batik. Keluarga saya pun takde business batik. Sebab dulu kawan saya pernah tanya, " Mak Fareha jual batik ke?" Saya just pakai batik batik sutera sebab selesa. Baju yang saya pakai diatas pula adalah cotton batik, corak kesultanan sulu. Eh, bukan sulu tapi Kesultanan Parameswara. Kita-kita ni kan keturunan pendekar, bukan keturunan penyangak. Corak kegemaran remaja hipster masa kini. cewah gitu! ( gambar abang yang ambik)

Gambar 2: Di parking lot. Tujuan asal nak ambik gambar baju. Alang-alang ambik gambar nombor parking terus. Yes, ini serious. Kitaorang bukan sekali dua sesat kat parking, tapi banyak kali la juga. Dengan family tak pernah sesat, tapi dengan girlfriends banyak kali juga. Bila dah sesat tu, korang pergi la cari kat mana pun, semua tempat nampak sama. Perempuan mungkin fail sikit pasal map and direction. Perempuan dah la bahaya dekat parking lot. Nak-nak tempat sunyi. kesudahannya, bila keluar selalu la ambik gambar nombor parking ( gambar mak yang ambik)

p/s: my writing skill deteriorate. Duh! 

Tuesday, April 2, 2013

Of being Angelina


Yesterday, when I logged on to my facebook, I noticed a short simple message yet very cute. It's John. It seems like someone miss me so much! hah, itu sungguh poyo. Actually he always PMed me and sometimes commented on my photos. Aku baca sambil senyum angau. eh, ni tipu je okey. But that's not what i'm trying to tell you. The thing is, he knows how to be sweet. He calls me Angelina. The first time he called me Angelina i was like " John, why you call me Angelina?". He just smiled. He claimed he was Brad @ @. I was wondering, do I look like Angelina Jolie. If he associates me with AJ because of our lips ,  i'll be very angry. Should I? But what else people  would associate someone with Angelina if it's not her lips. hahaha. even semua orang cakap bibir Angelina tu seksi, cantik, tapi aku rasa tak je. ke aku je yang pelik? tak comel pun sebab tak ori kan? 

Dulu zaman sekolah ada budak lelaki bibir dia besar sikit. Bukan mungil macam AJ. Bebudak lelaki panggil dia Jolie. Jahat tau budak-budak lelaki zaman sekolah menengah dulu tau. Sebab tu kalau jumpa kawan zaman sekolah mesti cakap " eh, ko dah baik erk sekarang?". sengaja sakitkan hati. 


in most of his note to me, he would write Angelina. my friends would always said "John tak habis-habis panggil ko Angelina". when i was walking, we called " Angelina!" . I turned. He smiled. I raised my eyebrows. hahaha. 


berjalan-jalan dalam hutan dengan John a.k.a Brad. Menikmati keindahan Lady Smith. lol~ . not just us okey, with my friends of course. 

Who is John?

When i was working in Roxburgh, my friends and I stayed at his backpackers. We lived with him and his wife in the house. His backpackers was homey. Everything in his backpackers was like your home. I got to use anything I wanted anytime that I like. Washing machine. Kitchen. Piano, walaupun tak reti main. He is also a tolerant man. He is kind to everyone. He is very understanding about religion practices. He is a devoted Christian. He reads a lot about Muslim. Do you ever come across the phrase share in fb " Love is caring each other even when you're angry". I see that in John and his wife and he even said something like that. He said, no matter how angry you're to the person you love, you still love him/her and care so much about them. Terharu. Tapi dia tak pernah pula nak tarbiah aku dengan ajaran Christian.  He looked at us as young children. The way he looked at us was very lovely.  Ala, macam atuk tengok cucu-cucu dia perangai juruh. We don't smoke like others in the backpackers. We don't drink. He salute Muslims for that. 



Brad, Angelina miss you ♥♥♥

P/S: yeay, dah tahu macam mana nak buat ♥

Wednesday, March 27, 2013

mainstream science

went to bookstore with Safirah today. she's in the middle of her practicum now so she gotta buy some stuffs. or rather lots of stuffs for teaching aids. i found this book while walking pass a book shelf. auwww, this book is so cute. i miss high school! i always like books. nerd. nerd. hahaha. if i just bought a book, doesn't matter a novel or a reference book i'll read until i get bored. kalau buku rujukan, baca sikit, golek-golek atas katil. lepas tu sambung balik. golek-golek lagi. sambung baca. lepas tu tertidur terus.


i always love science and science related courses. in high school, i took  mainstream science. biology is my favourite subject and i always loveeeee physics. now, i ended up completing my degree in language and art. how life can be twisted right?  ok la, social science what. perancangan Allah tu semua. i'm happy with my current life. XOXO. eh, how to make love symbol in blog? loser much!

Wednesday, March 20, 2013

Meeting excited friends

assalamualaikum

i'm more serious on looking a job. as in real temporary job. mum doesn't really agree with that. she said, this is the only time i've been home this long after i left home since i was 13. she said, i should use this time to be home, enjoying home when i still have time. i'll be posted anytime from now. but i heard it would be in early May. yes, May. why it takes so long for my batch to get posted? phew ~

so i still have to consider photography job seriously. to be honest, i'm tired travelling all around. it would take 2 days just for travelling. pergi dan balik. excluded the event day. it depends on how many days and how many job we accepted at one place. apparently, i feel so tired. i have to take energy drinks and panadol quite regular. 

at one point, i almost give up on everything in my life. yeah, sometimes i'm weaken by unsure things happen in my life. just too tired to think about something that's not sure to be mine. sometimes i feel like dreaming. sometimes it funny too. it happens to me and i laugh thinking about it. i hope everything i plan and dream come true in a good way.

last week i went to Shah Alam. we had a wedding photoshoot. since we were in Shah Alam, Izzati, her sister and me went to Trick Museum and 5D cinema i-city. Trick Museum was exciting and funny. 5D was cinema was average OK. Legoland Johor offers better 4D cinema than that. so here some of the photos that i like. taken using my phone.



we went to KLCC because Hawa asked us to try out for Fly.fm news presenter interview. tak nak ah. kang dapat, kena duk KL pulak kan. perasan je dapat. Hawa's now a Fly fm news presenter. since December last year i guess. how awesome. she gets annoyed when i asked too much about Ivan. hahaha. don't you think Hawa is cute? lebih berseri-seri? because she is ahem ahem ahem. hahaha. apology for our excitement. lama tak jumpa. 


before we went to KLCC, we met Aten at the KL sentral. kalau jumpa Aten mesti tak habis lawaknya. even the fact that Aten is 1 year older that us, but she's very funny. aku suka usik dia sebab dia punya reaction sangat comel. dulu, masa jumpa dia kat Kajang dia serious je sebab tengah kerja. boleh pulak bila jumpa dia kali ni, dia cakap:

"eh aku baca blog ko pasal accident tu.ya Allah, aku takut. ko tahu tak pasal cerita dulu-dulu pasal tolong orang accident ni?"
" kenapa? takut orang tu ada AIDS erk?"
" erm, yang tu betul juga. tapi takut-takut la orang yang ko tolong tu sebenarnya HANTU!"

aku terus tergelak. boleh pula dia cakap kat aku dia fikir macam tu. tapi make sense sebenarnya. memang ada banyak cerita macam tu zaman 90'an dulu. tapi insyaallah, tu kampung aku. kampung aku so far takde lagi kes macam tu. insyaallah, semua yang accident tu masih lagi orang. see? kan aku cakap Aten ni kelakar. pandai socialise. menantu pilihan sangat perangai dia ni. 

we had nothing much to do after Hawa done with the interview. she was the interviewer okey *mata bersinar-sinar*. we decided to watch movie. we watched Oz the Powerful and the Great. a very good movie. i watched a movie trailer. omg, Channing Tatum! i wanna watch the movie, Side Effects. 

going to Kelantan on Friday. on job again~

Tuesday, March 12, 2013

The interview and accident

Assalamulaikum

The interview
My Pegawai Pendidikan Gred DG 41 interview went well. i was supposed to be at the Ins.Per. Dato' Razali Ismail at 7.30 this morning. guess what happen? i arrived at 8! dah bertolak around 6.30 a.m. it supposed to be just round 30 minutes or 45 minutes drive the most. but the jam was crazy. jam around the schools were the craziest. plus, on there are 2 universities on the way to IPG DRI. luckily, at 8 we only needed to register. according to the name list, i was in third group. so, my session was at 10. lucky once again. i came along with my mum and dad. both of them take a day off just to send me to the interview and some kind of moral support. macam budak darjah satu baru masuk sekolah. kawan aku pergi sendiri je. terharu!

there were 5 of us in my session. 3 from University of Auckland, Auckland,  1 from University of Otago, Dunedine and 1 from Macquarie, Sydney. all we can do is pray for the best after all the speculations.



***

The accident
No.No. It's not me. i always pray to Allah not to put me in situation that i couldn't bear. it's about a man (around my age) that i helped. dalam pukul 9 malam semalam, aku keluar pergi photostat dengan adik aku yang form 5 tu. ayah aku suruh ambil adik aku tuisyen terus pukul 9.30 sebab dah alang-alang keluar. keluar simpang, aku tengok ada orang accident. ada sorang lelaki berdiri tepi jalan, motor dia kat tengah jalan sebelah kiri. takde orang tolong dia sebab dia baru je accident. aku tak boleh, aku kesian sangat. aku suruh adik aku pergi tolong lelaki tu. aku park kereta tepi jalan dan keluar. dia cedera parah sebab langgar babi. it's normal accident dengan babi dan orang yang accident dengan babi tu cedera parah. ada orang pernah mati sebab babi kan besar.

aku cakap nak hantar dia pergi klinik sebab memang teruk. darah dia bukan takat meleleh ke dagu, tapi menitik dengan lajunya. dagu dia robek. telinga koyak. kepala dia kat tepi telinga macam berlubang je aku nampak. tangan dia dah takde kulit dari pergelangan tangan sampai siku. jeans dia koyak. atas belakang dia berdarah. baju berlubang. dia punya rusuk macam luka banyak. if you know me, korang akan tahu yang aku bukan jenis yang boleh handle this situation. tapi kuatkan diri sebab takde orang tolong. aku suruh adik aku ajak dia pergi klinik, tapi dia tak nak. dia kata nak balik rumah. so, aku cakap ok. aku hantar balik rumah.

lepas tu dah ramai orang berhenti. sebenarnya lelaki tu hanya separuh sedar. dia cakap dia just nak balik rumah, nak berehat. it's not gonna work sebab keadaan dia memang teruk. banyangkan banyak sangat darah sebab motor dia terseret jauh, langgar babi harus la terpelanting dulu.muka penuh darah.  takut aku tengok. aku rasa kalau perempuan kena, memang dah tak sedarkan diri. bila dah ramai orang berhenti, orang ramai convince kan dia yang dia memang teruk dan orang just heret masuk kereta. takde kertas dalam kereta, kecuali kertas kerja-kerja mak aku. so guna je kertas tu untuk lapik. sorry mak.tapi darah tak melekat pun dalam kereta. just ada bau hanyir je lepas tu.

aku yang drive ni ketar kaki sebab seriau. dah la aku tak boleh bau darah. tapi dia memang perlukan pertolongan dan aku yakin aku perlu tolong dia.dengan dia lagi tak henti sebut ya Allah. mengerang kesakitan. bila sampai klinik, MA tu check. pergelangan tangan dia patah, rusuk dia injured, kaki dan lutut terkoyak. MA tu suruh ambulan hantar ke hosp. Sultanah Nur Zahirah. see, keadaan dia teruk kot. boleh pulak taknak pergi klinik. mungkin sebab perempuan kot nak tolong dia?

bila ada orang accident, kita harus tolong. sebab dalam keadaan tu, diorang sangat perlukan pertolongan. aku kalau ada orang accident, memang aku akan cuba tolong sebab kita tak tahu bila masa kita perlu kan pertolongan one day. masa tu, baru la kita tahu betapa kita perlukn orang untuk tolong dalam keadaan kesakitan. hari tu, masa adik aku accident, atas someting melintas, dia mengelak, kereta langgar kawasan tinggi tepi jalan lepas tu kereta terbalik. tapi takde orang tolong. dia cakap, dia sedih sebab masa tu dia sangat sangat perlukan pertolongan. padahal, waktu ada accident, dia wajib akan tolong. tapi bila time dia, takde orang tolong. tapi tak boleh nak harap juga sebab dia accident kol 7 pagi kat kawasan kelapa sawit antara rumah tok aku dengan mak cik aku kat Gemas dan Serting. dalam keadaan tu, dia cari telefon dia yang hilang sebab terkeluar dari poket. tangan dia luka cari telefon dalam pecahan kaca tingakap. dekat 10 minit cari telefon baru jumpa. bila dah kol tok dan mak cik aku baru ada orang tolong.

ok, ini mesej kemanusiaan. bila ada orang accident, tolong la mereka. as a girl, i couldn't help much. takde banyak kudrat. tapi, kalau lelaki, you have no reason not to help. remember that one day that you might need help. help others, others will help you. if nobody else doesn't, Allah will.