kalau nak cakap mengenai perkataan yang tak boleh cakap a.k.a words that you have to be careful with, i think i fail. like seriously, fail. bukan sebab aku jenis mulut celupar, tapi aku jenis take it too easy or slightly think of it. disebabkan aku ni kan membesar dengan lelaki, aku ada dapat juga sifat lelaki yang jenis tak kesah benda sangat, malas nak ambik pot, tak berminat nak gosip-gosip bagai ni. memang aku M to the A to the L to the A to the S. MALAS okey. takde masa. aku ok je nak keluar sorang kalau takde orang nak keluar ngn aku. infact, sometimes aku fancy being alone. tapi kadang-kadang je la. not sure if it's a good habit tapi so far aku selesa je macam tu.
disebabkan aku tak suka over thinking, over reacting, aku malas nak fikir sangat kalau orang tengah kecok-kecoh tengok something, buat something. like seriously la kan, relax la. tapi sebenarnya bahaya juga sifat ketidakpedulian ni. dulu pernah terjadi satu peristiwa yang terpahat kat memori aku yang patut dijadikan pengajaran terbaik dalam hidup.eceh, macam peristiwa hidup dan mati la pulak kan. kes ni takde la serious sangat, but i learn something.
dulu masa buat foundation kat JB, at that time i was 19, so young, so innocent dan selebet. satu hari aku dengan Syud dan Husna nak terpergi ke Angsana untuk buka puasa sebab dah tak terfikir tempat lain tapi masa tu bukan bulan Ramadhan. diingatkan disini, Angsana dulu bukan macam Angsana sekarang. it was back in 2008. tak renovate apa pun lagi. kisah ni berlaku kat surau Angsana. kitaorang decide untuk sembahyang dulu baru buka puasa. diingatkan sekali lagi. surau Angsana dulu sangat kecik, tak macam yang sekarang. tetiba Husna cakap:
eh, ada CCTV la!
aku relpy: mana ada. takde pun *sambil tiga-tiga orang tengok sekeliling*
Husna cakap lagi:
tu dia ada tulis ANDA DIPERHATIKAN OLEH CCTV
disebabkan aku jenis malas nak kalut dan nak fikir lebih-lebih aku pun cakap:
mana ada CCTV. diaorang ni saje tulis macam tu. nak suruh orang takut.
* boleh pulak aku cakap macam tuuuu*
ok guys, lesson no 1 here. never ever say something like that because you know that you are joking but you do not realise that people might take what you say seriously. lagi pun like hello, just cakap takde CCTV je pun kan. dan sebenarnya kitaorang 3 orang telah diperhatikan sejak kitaorang even mula sebut that holy word, CCTV! you know like it's taboo to say certain words like if you go to the bank, ada polis jaga pekerja bank tengah bawak keluar duit banyak -banyak dari van, kau pulak pergi cakap 'eee banyak nya duit, kalau curi kaya juga ni'. ni memang menempah maut! kalau duit tu hilang, korang akan jadi salah seorang suspek. padahal ya Allah, main-main je pun cakap macam tu. tapi tu la, mind your words. sama juga dulu, aku ada terbaca satu article ni, pasal sorang budak US belajar kat Jerman. budak US tu roomate dengan sorang budak Jerman. one day, budak US tu hantar SMS kat budak Jerman tu, diakhir perbualan dia cakap 'see you later'. nak dijadikan cerita, that Germany guy was murdered and that USA guy was accused to kill him, just because of the message. people take it literally jumpa awak sekejap lagi/nanti which means diaorang jumpa selepas tu. different culture defines phrases differently.
terus lepas tu, ada mak cik jaga menghampiri kitaorang, tanya pasal CCTV.
ada apa pasal CCTV? *gaya yang annoying macam kitaorang perempuan jahat*
takde apa. saje je cakap. sebab kat situ ada tulis ada CCTV. tapi tak nampak pun.
so, kalau ada CCTV tak boleh la mencuri kan?
WHAT!! * dia cakap kitaorang sebenarnya nak mencuri*
dan pertuduhan tu berlaku dengan panjang nya. kitaorang di hold kan sampai almost 9 something. dah la masa tu we oulls ni tak guna kereta motor lagi. naik teksi okey. pukul 9 tu dah kena gerak keluar untuk cari teksi kalau tak tak sempat masuk maktab sebelum pagar tutup. lesson no 2. don't be panic. aku ni ada masalah yang aku tak boleh orang tuduh aku. even aku tak buat, aku takut tahap dewa. aku tak buat pun, tapi punya la gelabah, tak usah nak cakap. ni trait perempuan yang sangat kuat dalam diri aku. mencuri? like seriously takde sekelumit niat pun dalam hati even tak pernah ada niat nak mencuri dari kecik sampai besar pun. so, cara aku jawab kat guard tu macam aku bersalah la juga. nervous kot. dia tanya kitaorang macam polis menyiasat penjenayah. memang tabik la skill dia psyco kitaorang. sampai lambat balik maktab okey. tapi yang paling kelakar, dia boleh tuduh Husna yang pakai tudung paling labuh antara kitaorang ni mencuri. dia cakap orang pakai tudung besar pun tak boleh percaya sekarang ni. jahat. tak baiikkkkkkk tau.
moral of the story: don't say taboo things at certain places or you might get caught red handed. believe me. and one more thing, fear the police not. it just worse habit. aku kalau ada polis berdebar macam nak pecah jantung. that's crazy. padahal tak buat salah pun. haish, so polis bukan calon suami i. eerk? hahaha.