Kelmarin family aku g Air Terjun Sekayu. Saje nak pergi sebab abang aku pun ada. Abang aku cuti lepas dia ada operasi kat KL. So,malam sabtu hari tu, dia dah nak balik Penang. Waktu kitaorang sampai memang awal sebab memang rancang nak pergi awal sebab nak pergi tempat lain pula lepas tu. Bayangkan kitaorang orang first yang sampai kat Taman Pertanian Sekayu. Pagi sangat kot. Yelah, kitaorang breakfast kat sana. Aku ambil peluang untuk mandi dekat kolam yang ada gelongsor air sebab setiap kali aku datang sini aku tak pernah dapat naik gelongsor air tu sebab lelaki-lelaki yang sangat ramai conquer gelongsor tu. Disebabkan aku mandi terlalu awal, dan air kolam tak penuh lagi, habis lebam siku dan lutut aku sebab setiap kali jatuh dari gelongsor aku terus terpesorok ke dasar kolam.Memang sakit tapi seronok jadi tak sedar diri.Mandi punya mandi dekat empat jam kitaorang mandi.
OK...kisah yang tak best bermula apabila kitaorang berhenti kat Masjid Ladang untuk sembahyang asar selepas beli-beli barang sikit.Maknanya kitaorang dah sampai KT dan dah jauh meninggalkan sekayu.Masa buka bonet kereta mak aku sedar rantai dia hilang. Mak aku tak mandi kolam tapi mandi air terjun. So, dia bukak rantai. Aku punya la cari bagai nak rak dalam bonet tapi tak jumpa, so ayah aku ambik keputusan nak pergi balik ke sekayu. OMG, kitaorang pergi balik ke Sekayu...which is kat Hulu Terengganu nuh, which is bukannya dekat, which is ibaratnya kena turn balik, which is sangat memenatkan, which is kena drive laju gila untuk ke KT semula sebab nak catch up bas abang aku nak balik Penang.
Bila dah sampai sana, gate dah tutup tapi minta nak masuk sebab nk cari barang. ALHAMDULILLAH ada kat atas pelantar tu.Takde orang usik pun. Dan selepas itu kami bergegas ke KT semula.Sampai sana dah Maghrib. Adik aku menuntut janji aku kat diaorang. So, aku belanja lah semua makan Pizza....
Lepas hantar abang aku kitaorang stuck kat tepi jalan sebab malam tu merupakan perlawanan bola sepak antara Terenganu dan Selangor.Kereta kat tepi jalan sampai penuh. Parking sampai 3 lapis.Tension aku. Pejalanan pulang diteruskan (ayat dah mcm misteri Nusantara).Balik tengok bola kat TV. berbaloi sebab Terengganu menang 4-0 keatas Selangor.
Habislah hari yang sangat memenatkan tubuh badan, mental dan perasaan ku.Lepas tu terus tidur tapi di ganggu mimpi yang menyesakkan..Aku kena H1N1..macam ape je mimpi.... adoiiii
muka2 lepas main air...ketat je semua
No comments:
Post a Comment