Friday, December 17, 2010

Pendaftaran AutoPing di BlogLarian FB

Pendaftaran AutoPing di BlogLarian FB: "Assalamualaikum...



Kepada semua penghuni rumah sewa BlogLarian, BlogLarian kini sudah ada di FaceBook dan kami akan menyediakan khidmat autoping en3 untuk anda. Anda hanya perlu membuat satu en3 dan melakukan perkara di bawah:



  1. Pastikan blog anda sudah tersenarai di BlogLarian

  2. 'Like' BlogLarian FB

  3. Buat satu en3 bertajuk ' AutoPing Entri di BlogLarian FB' dan letakkan banner di atas dalam en3 anda

  4. Letak no rumah anda dalam BlogLarian

  5. Kongsikan keburukan atau kebaikan BlogLarian yang telah anda rasai (Ringkas je sbg feedback untuk admin)

  6. Komen di en3 ini berdasarkan format berikut.

    1. no. rumah

    2. link en3 anda

    3. link feed blog anda cth: http://coklatchoc4u.blogspot.com/feeds/posts/default

  7. Penyertaan di buka hingga 24/12/10

  8. Beritahu jiran anda jika berkelapangan :)

Contoh en3 yang telah autoping seperti yang ada di hujung bawah sebelah kiri di BlogLarian. Anda juga boleh berkongsi pendapat di BlogLarian FB atau berkenalan dengan ahli BlogLarian yang lain di FB.

Sumber:

Furdunesia@nline



copy n paste je sbb agk complicated nk buat sendiri..
"

what?





so-called jenga ritual.  really miss this moment. i'll be back in Auckland in 10 days time. can't believe that. how fast time flies. i feel like.... i just arrived home last week...waaaaa, seriously..i'm gonna be terribly homesick after this.

BlogLarian

assalamualaikum.....
kawan-kawan, saya telah ditag oleh seorang senior matematik dimaktab saya, Tun Teja. saya kena buat tag ni since benda macam tanggungjawab jugak la kan. tak gitu? padahal banyak je kena tag takde masa nak buat sebab busy menguruskan rumah tangga *okeh, ni alasan yang tak boleh diterima, pembohongan yang jelas dan nyata * so, jom kita buat tag sekarang.


1) Letak banner ni dan link kan ke SINI. klik dan korang tak akan menyesal.

2) Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)

Saya suka berblogwalking kerana saya dapat menjejaki blog-blog yang menarik untuk dibaca dan kadang-kadang terjumpa dengan orang yang tidak dijangka-jangka. selain itu dapat mengetahui perkembangan rakan-rakan yang berblog. somehow, terpaksa jadi stalker.

3) Follow Bloglarian. okeh, bebeh. i'll follow you.

4) Tag 3 orang atau lebih rakan.
tak tau nak tag sape, sbb cm dah ramai ya tahu. tag korang la erk, azri, syafik, hawa, issa.

5) sila beritahu rakan yang anda Tag melalui comment.

6) Tinggalkan link post anda di comment entry INI bersama NAMA BLOG ANDA.
Click2 asas kejayaan~

7) peserta akan di listkan ke dalam BlogLarian mengikut turutan..

8) tiada tarikh tutup buat masa ini

so, jom kita memeriahkan BlogLarian...Lets get loud. tibe.

Thursday, December 16, 2010

3G


celcom 3G in Malaysia is damn expensive. almost RM 80 for half an hour.
i thought that Vodafone in NZ is expensive which cause me 20 to 40 dollar per week for 3G. but here in Malaysia is much more expensive. phew!!!


Wednesday, December 15, 2010

graduation

assalamualaikum.


sepanjang ketiadaan aku kat rumah hari tu aku pergi rumah tok aku kat Negeri Sembilan. the main reason was i never been to her 'new' house since she renovated her house at the end of last year and i wanted to go to my aunt's convocation. aunt doesnt means old okey. she's just 23 and i'm 21, 2 years younger than her.what makes the difference is, at the age of 21 she's engaged and obviously i'm not. and she's married now and has a cute little daughter. click here for her wedding. my mum WON'T let me get married before i finish my study. sedih tau. tetiba nak sedih.

it's kinda cute to have kid when you're studying. somehow, kelam kabut juga. tiba-tiba aku pun terkelam-kabut sekali. my aunt's convocation day was on 22nd of Nov. on 21st Nov we were still in Terengganu and we headed back to Serting at 3 p.m and we stopped at Jengka because my tok wanna meet her friend. later, we went to Bandar Temerloh because my tok wanna eat ikan patin. she said, it's like a compulsory thing to do when you're in Temerloh. unfortunately, most of the shops were closed because it was already 9 p.m. so, we went to Happy Chicken. tengok Lim Chong Wei dalam final badminton sukan sea sambil makan. tetiba tok aku tersemangat tengok Lim Chong wei. termenjerit. orang pun tengok.hahahaha. aku tergelak jelah. we arrived home around 11 and we slept because we were going to UNISEL at 3 a.m. i woke up at 3.30 a.m. bersiap semua. tengok mak cik aku. sebelum dia bersiap, dia siapkan anak dia dulu. bawak semua barang-barang, jubah convo, bakul susu anak dia. dah la kejap lagi nak drive ke selangor. it takes 4 hours from Serting to Kuala Selangor tuh. kalau aku mesti dah surrender. aku tak mampu kot. mesti penat. yelah, bangun-bangun tidur awal pagi gitu, nak uruskan semua tu. maybe,aku cakap macam ni sebab aku tak bersedia lagi. kot.


sampai sana betul-betul pukul 8. dia terus lari ke dewan. aku yang pegang anak dia. husband dia tak ikut sebab tak dapat cuti. huru-hara juga la. aku bawa bakul susu. aku buat susu banyak banyak. sebab anak dia tak minum susu lain selain susu bayi dalam tin. baru 4 bulan. hurm, tak bagus tu.ahaha. dannnn...budak umur 12 tahun ke bawah tak boleh masuk dewan.means, anak dia tak boleh masuk, means aku pun tak boleh masuk. nasib baik la Darsyah ni jenis tak menangis. nangis sikit-sikit jelah. punya la lama aku tunggu kat luar. Darsyah sampai 2 kali tertidur atas bahu aku. mak cik aku cakap aku memang terrer ar sebab Darsyah sampai boleh tertidur dengan aku.

ada gaya nanny tak? atau seorang ibu mungkin?

Siti Nurul Darsyah, bererti kefahaman sama macam Fahmi. mak cik aku cakap, dia suka maksud kefahaman sebab cousin aku yang nama Fahmi tu bagus sangat. cepat faham apa yang orang cakap. dengar kata pulak tu.

i really want to go to the convocation. whoever convocation day. i like the feeling.i feel like graduating as well. cant wait for my own graduation day. it's not that i really want to jump into working profession, but i envy them. right after i finished my degree, i'd like to pursue my master internationally, hopefully. but it's impossible because i have 5 years or maybe just 3 years contract with the government. phew, means i have to wait. so, i have to get married first. if not i'll be andartu, word that really worries my gramma. depends on the opportunity that comes later, internationally or locally or not doing it at all. i dont know what future holds. actually, i dont have plan to continue my study to the master level because study itself is really stressful. to be honest, sometimes i feel like giving up when i feel like i have no life, i have no time for my self. but, my mum and my dad always encourage me to continue studying. plus, my younger brother really wants to pursue his master no matter what. so i should beat him. cannot lose face right? i always fight everything with him.

it was Allen graduation day. he invited all his friends. i was invited as well. but i didn't turn up because i felt a bit weird because i'm not that close to him. i knew him just during BERSATU dinner . well,it's a norm among Malaysian in University of Auckland to invite all their friends to their big day as some kind of motivation to graduate with honour. here, we only have friends. friend is like everything..taken from Allen fb.hehehe

after all, i'll pursue my master. my mum would prefer if i do it locally. we'll see. it takes 4 hours to finish this entry. internet is so slow. tired. thanks for reading this entry. till then, adios.

Tuesday, December 14, 2010

before you say I do

salam.

beberapa hari lepas aku ym dengan Azri. dia cakap aku selalu online kejap je. yelah, nak buat apa on line lama- lama kalau tak de pape nak buat. so, aku off line je lah. Azri ada tanya aku minat ke tak Maher Zain. aku cakap, minat la juga. suka lagu dia sebab lagu-lagu dia banyak memberi kesan. apa yang menarik bagi aku, Maher Zain ni ada background yang agak menarik. sebelum dia 'tersedar' dia pernah bergelumang dengan dunia musik yang melalaikan. dia pernah cipta lagu untuk lady Gaga dan beberapa artis terkenal. lepas tu Azri ada tanya aku, tahu tak yang pasal Wardina macam excited gila masa cakap dengan Maher Zain kat HMI. aku memang ada dengan pasal tu. tapi tak pernah tengok pulak. dengar -dengar orang cakap je. so, dia hantar kt aku link you tube. aku dengar ramai orang kutuk dia sebab nampak cam gedik gila. macam tak elok la dengan personaliti dia. tapi bagi aku, dan Azri setuju dengan aku Wardina macam biasa je. maybe dia nampak beria sikit, tapi takde la gedik pun. just excited sebab Maher Zain tu ikon yang banyak memberi kesan dihati orang ramai. dia datang Malaysia pun atas promosi untuk Kempen Save the Soul. lepas tu azri tanya aku

azri: eh Fareha, rumoh mung ada astro?
aku: ada. bakpe?
azri: mung ada tengok dok cerita ' before you say I do'?
aku: dok pulok. tapi aku ada tertengok masa aku tengah tekan-tekan tv tu ternampak cerita tu.
azri: Farehaaaaaaaaa.....cerita tu best gila. rugi dok tengok.
aku: yeke best? cerita tu pasal mende? cerita mende?

azri: cerita omputih. kt 702. cerita tu pasal lelaki tu macam ikhlas sayang kt perempuan tu.blablablablabla,,,,,.......

aku masa Azri cakap gitu, terus rasa meronta-ronta ( ni ayat golongan puak pelampau) nak tengok cerita tu.aku tau, kalau Azri recommend tu, mesti best. apa yang dia suka, mesti aku suka r. satu lagi, azri ni beria la cerita kat aku. cerita semangat habes. sokmo gitu. apa-apa yang dia cerita mesti aku nak tengok cerita apa-apa tang tu jgk. ni summary cerita tu.

so, sekarang ni aku tertungu-tungu cerita tu ditayang balik kat 702. or anyone have the CD or other recommendation? please, i need that.

Monday, December 13, 2010

old friend

assalamualaikum.
hari ni saya teman mak saya pergi hospital sebab mak saya ada appointment.*uh, rasa macam ayat karangan budak darjah 2.* orang sangat ramai.mak saya jumpa pakar sebab ada masalah mata yang agak serius. adik saya pergi juga sebab dia sakitaa perut. * sangat macam budak ayat aku, dah tak reti nak menulis karangan sebab dah lama tak tulis karangan since paper last BM masa SPM.*sekejap aku, sekejap saya.kan. okey, guna saya sebab mood ok.hehehe. sebab orang ramai sangat, mak saya suruh saya pergi daftarkan adik saya dulu ke part lain di hospital, mak saya tunggu kt hospital mata. orang pun ramai dekat situ. saya cam jadi moody juga.ish, baik guna aku je lah. baru sempoi sikit. orang ramai macam gila. so, aku cam malas nak melayan orang sekeliling. nanti kan ada adegan usha-mengusha. gitu. masa aku tengah malas nak layan orang tu, ada orang duduk kt kerusi depan aku. sorang lelaki, sorang perempuan.aku tengok je lah lelaki tu. tapi bila dia duduk, dia pandang belakang. tiba-tiba aku terkejut. dia pun terkejut. tau tak siapa dia. ex-schoolmate. dia datang teman adik dia pergi check up. so, kitaorang sembang-sembangla.
amaran: memerlukan kefahaman loghat Terengganu yang tinggi, mungkin

dia: Fareha buat mende sekarang?
aku: belajo lagi.
dia: yelah belajar. mamne?
aku: belajo kt New Zealand.
dia : oooo, yeke? bestnya.aku: Ridhwan belajo mane?
( aku rasa macam sengal je panggil dia Ridhwan. skema nak mati. sebab aku lupa nama glamor dia kt sekolah.janggal kot)
dia: kita belajo sini je.
aku: rezeki Iwan( tetiba teringat nama manja dia zaman sekolah), kalau tak dok rezeki dok leh gi jugok.
dia: eh fareha, best dok New Zealand. mesti best ork? boleh timba pengalaman kt negara orang.
( aku tau, dia excited about studying overseas, who doesn't right?)

bagi aku belajar overseas ni rezeki. ada je orang pandai tapi tak leh pergi. dia budak pandai. bukan pandai biasa-biasa tapi pandai gila.tapi tak boleh pergi. aku bukan pandai sangat tapi alhamdulillah sebab rezeki aku disitu, aku dapat merasa belajar kt overseas. lepas PMR, aku dapat MRSM, dia dapat SASER. lepas SPM, dia buat foundation medik untuk ke overseas tapi takde rezeki.dia bakal pergi ke Australia atau New Zealand. dia cakap dia lepas tapi sipi-sipi. disebabkan ramai sangat senarai menunggu, dia tak dapat pergi. kesian kat dia. dia pun tahu banyak pasal New Zealand. dia tahu New Zealand takde ular. aku pun tak tahu sebelum John Hope cakap hari tu.means, dia agak menyelidik sebelum pergi. pity him. but, he's going to be dr. Ridhwan anyway. he's doing his degree locally. it's ok. doesn't matter where you pursue you degree, master, and whatever it is, good result and graduate with first honour class is really matter. betul tak?

aku: rugi iwan takleh gi, kalau tak, boleh kita jumpa kat Auckland.
(aku terlebih excited)
iwan: tu ah.takpe la.senang dok cari makanan halal dinung?
(iwan pulak terlebih excited)aku: susah juga. tapi ada je yang halal. kalau kebab pak arab tu boleh r beli.tapi depends kt diri sendiri la nak cari halal ke tak. mencari yang halal itu fardhu. kan .

iwan: makan kfc dinung? mc d ke?
aku: x pernah makan sebab dok halal.
iwan: doh masok sendiri la?
aku: ye ah. jimat sikit.
iwan: oh, bagus la. pandai masak.boleh la kawin.
aku: oh, tu sudah pasti. ( hampir tergelak dengan kuat ditengah orang ramai)


ssb nk tergelak : subjet ni selalu di perkatakan dikalangan kitaorang terutamanya Sizuka, Nisya, Aten and few others.


dia cakap dia akan ke Hospital Sultanah Aminah Jb. lama dia kat sana, 3 tahun. sambung belajar kat sana . aku cakap boleh la jumpa bila aku balik dari New Zealand nanti sebab aku ada lagi setahun kat JB. dia cakap dia on je. no heart feeeling. he's just a friend.
my mum got a phone call. she got meeting. mmg dah kena ikut la kan dan mendapat passpelawat.wuuwuwuwwu


p/s: thanks to sizuka for the header. ramai orang puji. cantet sgt. ececece, nk tukar header jgk sebab lately ramai orang tukar header.